• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesan Perubahan Iklim Tak Boleh Dipandang Ringan

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesan perubahan iklim dan pemanasan global adalah sesuatu yang benar-benar wujud dan tidak boleh dipandang ringan.

“Kesannya boleh dilihat dengan nyata dan rakyat Malaysia tidak terkecuali daripada merasai kesannya. Musim kemarau kita menjadi lebih panjang, begitu juga dengan musim hujan. Kita menderita akibat krisis bekalan air di beberapa negeri dan mengalami antara kejadian banjir paling buruk di negara ini sejak beberapa dekad lepas,” kata Najib melalui catatan terbaru dalam laman blog beliau www.najibrazak.com.

Menurut perdana menteri, menyekat perubahan ini merupakan suatu usaha berterusan yang perlu diterajui kerajaan serta dilakukan dan disokong setiap orang di negara ini.

“Kerajaan bersedia menangani isu ini secara berdepan bagi mengurangkan keamatan pengeluaran gas rumah hijau (GHG) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dari segi keamatan pengeluaran KDNK pada 2005.

“Ini terdiri daripada 35 peratus secara tanpa syarat dan 10 peratus lagi secara bersyarat iaitu apabila menerima pembiayaan bagi iklim, pemindahan teknologi dan pembinaan keupayaan daripada negara maju,” katanya.

Najib berkata Malaysia bersama 181 negara telah menyerahkan Sumbangan Ditentukan Negara Seperti Yang Dihasratkan (INDC) kepada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang sedang berlangsung di Paris, sekali gus meneguhkan lagi pendirian serta komitmennya dalam memerangi perubahan iklim.

Katanya, walaupun kerajaan melancarkan beberapa inisiatif sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), termasuk Dasar Biofuel Negara (2006), Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharui (2010), “namun itu belum cukup yang kita lakukan.”

“Data Pertubuhan Bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-26 di dunia pada 2012 dari segi pengeluartan karbon dioksida (CO2) daripada pembakaran bahan bakar,” katanya.

Najib berkata Malaysia tetap teguh serta komited dengan misinya untuk mengurangkan kesan karbon Malaysia dan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020), dasar yang akan terus memberi fokus terhadap usaha memburu pertumbuhan hijau bagi kelestarian dan kebingkasan, akan dilaksanakan.

“Langkahnya termasuk mengukuhkan persekitaran pemboleh bagi pertumbuhan hijau, amalan penggunaan dan pengeluaran secara lestari, pemuliharaan sumber asli dan meningkatkan kebingkasan terhadap perubahan iklim serta bencana alam,” katanya.

“Sasaran baharu ini tidak boleh sekali-kali dilihat sebagai penghalang bagi pembangunan ekonomi kita. Saya benar-benar percaya bahawa dasar dan inisiatif hijau kita juga akan membawa banyak peluang – menjadi pemangkin untuk industri baharu dan perniagaan sampingan, yang akan mewujudkan peluang baharu pekerjaan,” katanya.

Najib berkata rakyat Malaysia perlu memainkan peranan mereka dalam mencegah perubahan iklim dan membantu menghalang purata suhu global daripada meningkat lebih dua darjah Celsius.

“Kita bertanggungjawab dari segi moral dan sosial untuk memastikan anak cucu kita akan dapat menikmati dunia ini seperti yang kita lihat kewujudannya hari ini. Malaysia perlu memainkan peranannya secara bertanggungjawab dalam melaksanakan transformasi global seperti yang diperlukan bagi mewujudkan dunia yang lebih lestari,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bS0oHsSgZ1g[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd