• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Tingkat Penguatkuasaan Keselamatan Siber

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROME – Malaysia berminat untuk meningkatkan penguatkuasaan keselamatan siber bagi menangani pengaruh keganasan menerusi dalam talian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata langkah itu penting bagi menghalang rakyat daripada direkrut kumpulan pengganas.

Beliau memberitahu demikian kepada wartawan Malaysia di sini selepas mengadakan pertemun dengan Menteri Dalam Negeri Itali, Angelino Alfano yang kedua-duanya turut membincangkan kerjasama berhubung keganasan, migran dan pemerdagangan manusia serta jenayah terancang.

“Pihak Itali begitu serius mengenai keselamatan siber dan telah memperuntuk €150 juta (kira-kira RM672.7 juta). Malaysia mesti mengambil langkah segera menangani cubaan merekrut anggota pengganas secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya terutama pihak polis memerlukan peruntukan besar untuk memperkuat aspek penguatkuasaan teknikal selain pengurusan berkaitannya.

Malaysia, katanya merancang untuk menghantar pegawai polis dan kastam ke Itali untuk melihat lebih dekat cara negara berkenaan menangani isu jenayah terancang dan imigresen.

Ahmad Zahid yang sedang dalam lawatan tiga hari ke Itali turut mengadakan pertemuan pada Selasa dengan Ketua Polis Itali, Alessandro Pansa dan Ketua Jabatan Kebebasan Awam dan Imigresen Itali, Mario Morcone.

Beliau kemudiannya turut mengadakan majlis makan malam untuk rakyat Malaysia yang tinggal di sini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Z6xCcppQ27E[/wpdevart_youtube]

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd