• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demam Star Wars, Peminat Berkampung Di TGV

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Demam filem sains fiksyen Hollywood terkenal ‘Star Wars’ semakin memuncak dengan pelbagai aktiviti dijalankan oleh peminat tegar filem tersebut.

Sempena tayangan filem episod ketujuh filem itu; ‘Star Wars: The Force Awakens’ secara serentak esok, lebih 200 ahli Star Wars Malaysia Fan Club (SWMFC) memilih untuk berkampung selama dua hari di TGV Sunway Pyramid di sini, mulai hari ini.

Malah ramai daripada ahli kelab itu sanggup mengambil cuti semata-mata mahu menonton semula enam episod terawal filem itu, selain turut membuat persembahan memakai kostum karakter filem itu pada acara’SWMFC Machete Screening and Premiere’ itu.

Pengarah projeknya, Sanjiv Indran berkata mereka telah merancang untuk mengadakan acara ini sejak awal tahun lagi walaupun belum mendapat tahu tarikh tepat hari sebenar tayangan filem pecah panggung itu di Malaysia.

“Sebagai peminat, kami telah menantikan episod ini selama 10 tahun jadi tentunya kami sangat teruja untuk menyaksikan episod ketujuh malah mahu menjadi yang terawal menontonnya,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Seorang lagi peminat setia yang meminati siri filem ini sejak berusia 15 tahun, Nornadiana Dzulkarnain, 26, berkata dia memilih untuk tidak menonton treler filem itu supaya lebih suspens ketika menontonnya.

“Saya mengharapkan perkembangan watak yang baik dalam semua karakter baru yang diperkenalkan Star Wars terutamanya watak antagonis Kylo Ren,” katanya teruja.

Bagi seorang lagi peminat yang dikenali sebagai Azwar, 40, pula berkata dia tidak sabar untuk mengetahui apa yang bakal terjadi kepada watak Luke dan Han Solo memandangkan dua watak itu adalah tarikan utama dalam trilogi asal filem tersebut.

“Adakah mereka masing-masing telah berkahwin? Adakah Dark Side masih mempunyai waris durjana? Saya tak sabar nak tahu,” katanya ketika ditanya harapannya tentang episod terbaru itu.

Sementara itu, menghangatkan lagi keterujaan peminat, terdapat banyak promosi berkaitan Star Wars juga dijalankan antaranya oleh TGV Cinema, Subway, Nesley yang menawarkan mainan edisi percuma atas pembelian.

One Utama, Mid Valley, IOI dan banyak lagi pusat beli-belah juga turut mengadakan pameran berkaitan watak dan filem yang mula dicipta pada tahun 1977 itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]z0OIPggil7k[/wpdevart_youtube]

Tags: Star Wars
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tweet Fizo: Dato’ Vida Tak Ambil Kisah, Dah Lali Dikritik

Next Post

PAS Akan Bekerjasama Dengan Kerajaan Persekutuan – Ahmad

Related Posts

Pengkritik Kecewa Dengan Finale Star Wars

25/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Menamatkan 24 tahun kejayaan yang panjang  bukanlah kerja mudah. Selepas mendapat kritikan teruk dalam Star Wars: The Last...

Pos Malaysia Lancar Setem Edisi Terhad Star Wars

19/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) buat pertama kalinya melancarkan setem edisi terhad bertemakan Star Wars, dengan kerjasama...

Next Post

PAS Akan Bekerjasama Dengan Kerajaan Persekutuan - Ahmad

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd