• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ular, Beruk Antara 10,000 Haiwan Miliki ‘IC & Pasport’ Malaysia

oleh Ahmad Albab
24/12/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendaftaran 10,000 haiwan peliharaan di negara ini adalah bukti rakyat Malaysia bersifat penyayang kepada haiwan dan mahu melindungi binatang kesayangan mereka, termasuk ular dan beruk.

Mereka mendaftarkan binatang kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mendapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia atau pasport haiwan, iaitu sistem mikrocip bersaiz kecil, yang ditanam di bawah kulit haiwan melalui suntikan.

Pegawai Veterinar Seksyen Kawalan dan Pembasmian Penyakit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Zawida Zahari berkata sejak sistem itu diperkenalkan pada 2010, jumlah pendaftaran meningkat sekali ganda kepada 2,000 pendaftaran direkodkan pada 2014 berbanding 1,000 pendaftaran pada tahun-tahun sebelumnya.

“Kesedaran terhadap pemilikan pasport haiwan semakin meningkat berikutan kepekaan orang ramai untuk menjadi lebih bertanggungjawab melindungi haiwan kesayangan mereka selain membantu mengesan haiwan itu sekiranya hilang,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya pasport haiwan merupakan satu dokumen rasmi kerajaan yang hanya dikeluarkan setelah haiwan peliharaan didaftarkan melalui jabatan itu atau veterinarawan bertauliah, yang berdaftar.

Dr Zawida berkata berdasarkan rekod semasa ramai pemilik datang untuk mendaftarkan haiwan peliharaan mereka seperti anjing, kucing, kuda dan arnab, serta yang terbaru adalah ular dan beruk pada kadar RM30 setiap pendaftaran.

Beliau berkata pasport haiwan penting kerana ia membolehkan pemilik haiwan mengumpul semua maklumat yang diperlukan mengenai haiwan itu di dalam satu dokumen.

“Haiwan yang didaftar diberikan mikrocip bersaiz kecil. Mikrocip itu unik hanya untuk haiwan itu sahaja dan pemilik akan dapat satu pasport haiwan kesayangan mereka yang mengandungi nombor mikrocip, maklumat tentang haiwan dan pemilik berserta gambar haiwan itu,” katanya.

Selain maklumat penting mengenai kesihatan haiwan kesayangan direkod di dalam satu buku sahaja, pendaftaran pasport haiwan turut memudahkan kawalan penyakit sekiranya berlaku wabak berpunca daripada jenis haiwan yang dipelihara.

“Terdapat beberapa buah negara seperti di Amerika dan Eropah yang memerlukan pelancong mengemukakan pasport haiwan apabila membawa masuk haiwan peliharaan ke negara mereka.

“Ia memudahkan untuk pegawai di sempadan atau di pintu masuk sesebuah negara untuk mengesahkan kesihatan dan rekod imunisasi haiwan kesayangan anda,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-7_I2g_Upec[/wpdevart_youtube]

Tags: haiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM393.8 Bilion Untuk Belanjawan 2024

Peluru Zionis Turut Sasarkan Haiwan

13/10/2023
0

PETALING JAYA – Bukan hanya manusia, haiwan pun turut menjadi korban kekejaman Israel. Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini….. Dalam satu...

Haiwan Pun Berisiko Kena Strok Haba Akibat Cuaca Panas

Haiwan Pun Berisiko Kena Strok Haba Akibat Cuaca Panas

01/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Cuaca panas melampau yang kini melanda beberapa negara, termasuk Malaysia, bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah menimbulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd