PEMERGIAN putera raja berjiwa rakyat, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim Ismail pastinya meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat seluruh rakyat Malaysia.
Turut sama berkongsi kesedihan ialah penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang sememangnya dikenali cukup rapat dengan Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Menerusi ucapan takziahnya itu, Siti juga berkongsi perasaannya yang sedih dengan kehilangan seorang teman, sahabat dan teman bergurau senda selama ini.
Menurut penyanyi itu lagi, Tunku Abdul Jalil juga merupakan di antara insan yang sentiasa memberi semangat kepadanya setiap kali dirundung kesedihan.
Siti juga menyatakan perasaan terkilan beliau kerana tidak dapat menziarahi jenazah Almarhum buat kali terakhir, namun beliau akan sentiasa menitipkan doa buat temannya itu.
Baca: Chef Wan Tersentuh Dengan Keperibadian Tunku Abdul Jalil
Tunku Abdul Jalil, anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah disahkan mangkat pada jam 7.11 petang Sabtu akibat penyakit kanser hati yang dihidapi Almarhum sejak Disember tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC
Belasungkawa Almarhum Tunku Abdul Jalil 1990-2015


