• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujud Garis Panduan Penggunaan Vape Agar Tidak Disalahguna

oleh Ahmad Albab
01/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Majlis Belia Selangor (MBS) meminta kerajaan mewujudkan garis panduan mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape agar ia tidak disalahguna, kata presidennya, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan perlu merangka peraturan atau undang-undang mengenai penggunaan vape bagi memastikan ia tidak menjadi antara elemen yang boleh menyebabkan masalah-masalah gejala sosial termasuk penyalahgunaan dadah.

“Adanya panduan tertentu akan memastikan vape tidak disalahgunakan kerana penggunaan vape ada kebaikan untuk mengurangkan jumlah perokok di negara ini.

“Cuma kita takut orang ramai yang menggunakannya akan mengadunkan dengan dadah-dadah sintetik yang boleh menyebabkan kemudaratan di kalangan masyarakat khususnya generasi muda,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan tidak mengharamkan penggunaan vape.

Irmohizam berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan persidangan kemuncak Perikatan Usahawan Muda Komanwel-Asia (CAYE-Asia), di sini Ahad.

Kabinet dalam mesyuarat mingguannya pada Jumaat lalu memutuskan tidak mengharamkan penggunaan vape walaupun Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangannya tentang penggunaan rokok elektronik itu.

Irmohizam berkata beliau juga telah membuat kajian di peringkat antarabangsa mengenai sejarah vape dan mendapati peralatan itu telah dihasilkan oleh individu dari negara China setelah bapanya meninggal dunia akibat kanser.

“Jadi, individu itu telah membuat kajian dan inovasi terhadap penghasilan rokok eletronik dan apabila vape di bawa ke Eropah, United Kingdom dan Perancis, penggunaannya tidak diharamkan tetapi dikenakan undang-undang agar ia tidak disalahgunakan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Irmohizam yang turut menyokong kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai industri berasaskan vape berpotensi besar melahirkan golongan usahawan kalangan belia.

“Pada hemat saya, jaringan menggunakan media sosial merupakan antara fokus dilakukan usahawan industri vape. Rakyat Malaysia begitu kreatif untuk adunkan antara penambahbaikan dan jenama vape sehingga menghasilkan perisa vape seperti Musang King dan ikan.

“Ini merupakan perkara yang perlu diambil kira. Kita sudahpun ada pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan jaringan perniagaan francais dan hanya memerlukan bentuk kawalan bagi melahirkan golongan usahawan muda dalam industri ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, Irmohizam mengusulkan cadangan kepada Ismail Sabri agar menjadikan Anggerik Mall di Shah Alam sebagai pusat penjualan dan pendidikan industri rokok elektronik bagi mengembangkan perniagaan vape itu. – BERNAMA

Tags: Beliavape
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cari Mekanisme Baharu Selepas Pemansuhan Subsidi Beras ST15

Next Post

Perluas Pembukaan Pasaraya Agro Di Setiap Daerah

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Next Post

Perluas Pembukaan Pasaraya Agro Di Setiap Daerah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd