• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Mulakan Cabaran Kayuhan Basikal

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pengayuh basikal warga emas Wan Hashim Wan Mahmood, 70, hari ini memulakan misi penjelajahannya mengelilingi Semenanjung Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand.

Wan Hashim yang kelihatan cergas dan bersemangat, akan membuat kayuhan tiga pusingan berturut-turut membabitkan jarak 8,000 kilometer bermula di Kota Baharu kemudian ke Singapura sebelum ke Selatan Thailand, dan menjangka cabaran itu dapat disempurnakannya dalam tempoh 80 hari.

Majlis pelancaran misi solo itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Kelantan Datuk Md Anizam Abdul Rahman di perkarangan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan pukul 8.45 pagi.

Wan Hashim berkata beliau amat teruja untuk menjayakan misi kayuhannya kali ini yang dijangka akan lebih menguji staminanya.

“Hari ini umur saya genap 70 tahun. Saya harap dalam usia ini saya berjaya menamatkan misi ini dalam tempoh yang dirancangkan,” katanya kepada pemberita di majlis pelancaran Misi Kayuhan Solo Penjelajahan Tiga Pusingan Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand di sini.

Turut hadir memberikan sokongan kepada beliau penjaga gol Pasukan Bola Sepak Kelantan dan kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.

Wan Hashim berkata selain ingin mencipta rekod peribadi baharunya, beliau juga akan turut mengedarkan risalah pelancongan di beberapa destinasi sepanjang penjelajahannya sebagai rangka promosi Tahun Melawat Kelantan 2016.

Anak kelahiran Kelantan itu sebelum ini menerima anugerah Malaysia Book Of Records pada Feb tahun lepas sebagai pengayuh tertua mengelilingi semenanjung Malaysia.

Beliau juga pernah menamatkan kayuhan sejauh 5,319 kilometer mengelilingi Vietnam, Kemboja, Thailand, Indonesia, Singapura dan Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Md Anizam berkata kerajaan negeri amat menyokong keberanian dan semangat yang ditunjukkan Wan Hashim.

“Persatuan pengayuh basikal dan beca Kelantan akan mengiringi Wan Hashim hingga ke Bachok hari ini sebagai tanda sokongan… kita doakan misi beliau kali ini akan berjaya,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]TIFbyjvOXWE[/wpdevart_youtube]

Tags: basikalwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd