• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Terselamat Kereta Terbalik

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bangi – Seorang wanita berusia 23 tahun selamat walaupun kereta Perodua Myvi dipandunya dirempuh menyebabkannya terbalik dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 295.5, Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan, jam 7.25 pagi semalam.

Kejadian berlaku apabila sebuah Proton Gen2 dipandu lelaki berusia 34 tahun hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong kanan lebuh raya berkenaan.

Akibatnya, empat kenderaan iaitu Perodua Myvi, Proton Preve, Proton Persona dan Perodua Viva yang berada di belakang gagal mengelak sebelum bertembung.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang Deputi Superintendan Azmi Wahid berkata, Proton Gen2 terbabit hilang kawalan sebelum berpusing.

“Perodua Myvi dipandu wanita berkenaan yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri Proton Gen2.

“Kedua-dua kereta berkenaan dirempuh dari belakang oleh Proton Preve,” katanya.

Menurut Azmi, rempuhan kuat itu menyebabkan Perodua Myvi berkenaan terbalik.

Pada masa sama, Azmi berkata, Proton Preve berkenaan turut dirempuh Proton Persona.

“Perodua Myvi yang terbalik di lorong tengah kemudian sekali lagi dirempuh pada bahagian kanan oleh Perodua Viva.

“Kemalangan menyebabkan dua lorong terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja pengalihan dan pembersihan dilakukan. Semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan bagaimanapun selamat,” katanya. – myMetro Online

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd