• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Dalam Kemalangan Libatkan 2 Kereta

oleh Ahmad Albab
08/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang wanita maut manakala tiga sekeluarga lain cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda Civic dan Proton Wira di Km34.5 Jalan Johor Baharu-Gelang Patah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata kemalangan berlaku kira-kira 8.30 pagi dan menyebabkan Norhidayah Ismail, 23, yang memandu Honda Civic meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tiga sekeluarga yang cedera parah pula adalah pemandu dan penumpang Proton Wira iaitu Khamis Simin, 41; isterinya, Norain Ariffin, 40an; serta anak lelaki mereka, Muhamad Khairul Adli Khamis, 7.

“Seorang lagi anak Khamis, yang sedang dikenalpasti identitinya dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” katanya yang dihubungi hari ini.

Noor Hashim berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Norhidayah yang merupakan polis bantuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini, gagal mengawal kenderaannya apabila tiba di tempat kejadian yang merupakan kawasan selekoh.

Beliau berkata kereta Norhidayah yang dalam perjalanan menuju arah Gelang Patah memasuki lorong sebelah kanan dan kemudian merempuh kereta Proton Wira dari arah bertentangan.

Katanya menerusi saksi kejadian, Khamis yang dalam perjalanan menuju arah bandar raya Johor Baharu, cuba mengelak kenderaan Norhidayah, namun, dia tidak berjaya.

Menurut Noor Hashim, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Universiti membantu mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat Norhidayah dihantar ke Hospital Kulai untuk bedah siasat manakala Khamis sekeluarga pula dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk rawatan, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd