SATU video menunjukkan kanak-kanak kecil dengan mudah melepaskan dirinya dari dalam untuk keluar melalui jurang di pintu utama flat awam milik agensi HDB telah menjadi topik hangat di kalangan rakyat Singapura.
Video itu baru-baru ini telah dimuat naik menerusi laman Facebook All Singapore Stuff tanpa nama perakam.
Pagar Utama Flat Tidak Selamat oleh mynewshub
Pintu utama itu dikatakan adalah pintu yang baru dipasang di flat tersebut. Dan selepas penyebaran video tersebut, ia menimbulkan kerisauan penduduk di flat itu.
Menurut laporan Lianhe Wanbao, pengguna internet juga mencadangkan bahawa penyumbang menutupi bahagian bawah pintu dengan kadbod untuk menyekat jurang itu. -MYNEWSHUB.CC