• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Murid Tahun 6 Dibuli Beramai-Ramai Di Terengganu

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Hangat, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAMPAU! Itulah yang boleh dirumuskan daripada rakaman video memaparkan seorang murid sekolah dibuli yang kini menjadi viral di laman sosial.

Video berdurasi 6 minit 29 saat itu mencetuskan kegusaran dan kemarahan sesiapa sahaja yang menontonnya. Bayangkan, baru usia ‘setahun jagung’ sudah berlagak macam gangster tak berhati perut.

Difahamkan, kejadian buli itu berlaku di sebuah sekolah kebangsaan dekat Jerteh, Terengganu.

Visual bermula dengan beberapa murid berusia sekitar 12 tahun bertindak menendang bahagian belakang mangsa.


Murid Tahun 6 Dibuli Beramai-Ramai Di Terengganu oleh mynewshub

Tidak cukup memukul dan mempermainkan mangsa beramai-ramai, salah seorangnya menarik kaki mangsa selain bertindak menerajang bertalu-talu bersama rakannya yang lain.

Murid-murid tersebut turut menyepak kepala mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan dia terbaring.

Paling melampau, salah seorang pembuli cilik itu menggunakan tukul bagi menakut-nakutkan mangsa sehingga membuatkan mangsa menjadi begitu terkejut untuk mempertahankan diri.

Menurut pengirim video berkenaan, Nor Hazila yang merupakan ibu saudara kepada mangsa, pada mulanya dia sendiri tidak mempercayai kejadian buli tersebut melibatkan anak saudaranya sendiri.

“Sebelum ni saya asyik melihat video-video buli org lain. Tak sangka hari ni terjadi pada saudara terdekat saya, darah daging sendiri,” tulisnya di pautan video.

Hazila mengatakan anak saudaranya itu yang merupakan seorang pendiam, sering menjadi mangsa rakan sebayanya yang bertindak membuli termasuk meminta duit belanja. Sekiranya tidak diberi, mangsa akan dipukul.

“Mentang-mentang mangsa berdiam. Korang main buli sepak terajang. Setiap hari mintak duit dari si mangsa. Kalau tak bagi, kene pukul, setiap hari kene ugut suruh jangan beritahu sesiapa kalau tak kena pukul,” katanya.

Tambahnya, mangsa dikatakan sering minta ditukarkan sekolah sejak darjah empat namun begitu takut untuk menceritakan perkara sebenar kepada ibu bapanya.

“Patutlah mangsa sejak darjah 4,5 dulu asyik mintak tukar sekolah. Tapi tak mampu nak cakap sebab apa nak tukar sekolah. Hati ayah dan ibu mana tak terasa tengok anak kesayangan dipukul disepak,” katanya.

Tindakan biadab sekumpulan murid berkenaan mendapat perhatian netizen di mana rata-rata mereka meminta murid-murid yang terlibat diberikan hukuman yang setimpal dengan kelakuan mereka agar dapat jadi pengajaran. -MYNEWSHUB.CC

Tags: buliTerengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Didakwa ‘Joli’ Duit Anak Yatim, Jamil Khir Buat Laporan Polis

Next Post

Serangan Paris: Pekerja Bar Saksi Detik 2 Mangsa Ditembak

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

Serangan Paris: Pekerja Bar Saksi Detik 2 Mangsa Ditembak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd