• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vape: Kedah Minta Pandangan Jawatankuasa Fatwa

oleh Ahmad Albab
30/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri sama ada mahu mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape), kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.

Beliau berkata walaupun Kedah telah mengharamkan vape, namun kerajaan negeri tidak akan tergesa-gesa mengharamkan penjualannya.
Katanya langkah awal yang akan diambil ialah memberi amaran dan penerangan mengenai penjualan vape.

“Mungkin kita terangkan dulu. Misalnya yang bercadang meniaga vape jangan meniaga, yang sudah cadang berniaga fikirlah mengenai cadangan lain, sementara yang sudah berniaga, jangan perkembangkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyarankan supaya kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape dan kayu shisha agar sejajar dengan keputusan mengharamkan menghisap vape dan kayu shisha.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lalu memutuskan hukum menghisap vape dan kayu shisha adalah haram kerana akan menyebabkan kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.

Mohd Rawi berkata beliau juga akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk memberi penerangan kepada peniaga vape berkenaan pengharaman tersebut.

“Ini adalah masalah hukum. Bila kita bagi amanah kepada jawatankuasa yang menjaga hal ehwal agama dan apabila jawatankuasa putuskan ia tidak boleh, kita kena reda dengannya,” katanya.

Beliau berkata fatwa pengharaman masih menunggu untuk digazet sebelum langkah penguatkuasaan boleh diambil di bawah Undang-Undang Jenayah Syariah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]L9zkj8mHGYU[/wpdevart_youtube]

Tags: vape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd