• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Pembangkang Lihat Bajet 2016 Gagal, Tidak Berjaya

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Usaha pihak pembangkang mahu melihat Bajet 2016 yang dibentang di Dewan Rakyat malam tadi gagal, tidak berhasil kerana tidak mendapat sokongan sepenuhnya termasuk daripada pihak mereka sendiri.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan ada anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan menyokong usaha itu supaya keputusan berpihak kepada pihak pembangkang.

Namun, katanya, perkara itu ternyata tidak benar kerana 128 anggota Parlimen menyokong rang undang-undang itu manakala hanya 74 menolak.

“Usaha menjatuhkan kerajaan menerusi pintu belakang tidak pernah berjaya dalam negara.

“Kita sekali lagi ingin memaklumkan kepada pembangkang yang ada cita-cita seumpama ini sama ada menerusi undi tidak percaya atau cubaan menggagalkan Bajet 2016, supaya menghentikan persepsi ketidakstabilan politik negara seperti itu,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar ‘Grow With Us’ anjuran bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Phang Ah Tong.

Ahmad berkata pihak pembangkang yang mahukan pembaharuan sistem politik negara perlu melakukannya menerusi kaedah yang betul iaitu pilihan raya umum (PRU).

“Kaedah itu (PRU) lebih bermaruah dan boleh digunakan di negara ini. Saya bersyukur kerana pihak pembangkang tidak berjaya melakukan seperti apa yang dihebohkan sebelum ini,” katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata dalam konteks pelaburan, kestabilan politik negara ketika ini amat penting kerana pelabur memilih negara ini bukan berdasarkan prasarana yang baik serta insentif yang ditawarkan sahaja.

“Jadi pihak pembangkang perlu hentikan segera persepsi ketidakstabilan ekonomi negara kerana faktor itu penting untuk terus menarik pelabur ke negara ini,” katanya.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di peringkat dasar tanpa sebarang masalah besar walaupun sebelum ini ia dijangka berdepan laluan sukar.

Rang Undang-undang itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 128 anggota Parlimen bersetuju ia ditetapkan untuk bacaan kali kedua berbanding 74 menolak. – BERNAMA

Tags: Ahmad MaslanBajet 2016
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UPSR 2015: Jurang Pencapaian Akademik Sekolah Luar Bandar & Bandar Semakin Mengecil

Next Post

Potong, Goreng Dan Makan Kemaluan Lelaki Perogol Isterinya

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

05/10/2023
0

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Next Post

Potong, Goreng Dan Makan Kemaluan Lelaki Perogol Isterinya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd