• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UniMAP Sedia Bantu Mantapkan Peranan CMT Rela

oleh Ahmad Albab
23/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAUH PUTRA (ARAU) – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedia menawarkan kepakarannya untuk membantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) memantapkan lagi Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) agensi itu.

Naib Canselornya, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin berkata UniMAP mampu melaksanakan peranan itu kerana memiliki kepakaran dalam bidang teknologi serta pengetahuan mengendalikan Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS).

“Sebagai institusi pengajian tinggi awam berteraskan teknologi, inovasi dan kejuruteraan, kepakaran kami boleh diaplikasikan sebagai penyokong utama penyedia khidmat untuk menghadapi bencana seperti banjir dan kebakaran.

“Peranan CMT Rela akan lebih mantap dengan olahan kepakaran kejuruteraan. RELASIS UniMAP juga boleh membangunkan teknologi pelaksanaan kerja-kerja sukarelawan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pentauliahan RELASIS UniMAP dan Universiti Utara Malaysia (UUM) 2015 di Dewan Kecemerlangan UniMAP di sini Ahad malam.

Seramai 42 mahasiswa UniMAP dan 37 mahasiswa UUM sesi 2012/2013 menerima tauliah RELASIS pada majlis itu.

Kamarudin turut menyeru kepada mahasiswa yang bergiat dalam RELASIS supaya memantapkan disiplin yang menjadi nilai tambah buat diri dan pertubuhan itu.

“Saya yakin jika mahasiswa mengamalkan kaedah disiplin yang diajar, mereka boleh menjadi orang yang berjaya dan penting kerana anggota RELASIS boleh meningkatkan keberkesanan Rela dalam membanteras kegiatan jenayah di kampus,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Rela Datuk Kamariah Mohd Noah dalam ucapannya mengingatkan mahasiswa supaya tidak menjadikan RELASIS semata-mata untuk memenuhi tuntutan kokurikulum universiti dan pemarkahan.

Katanya penubuhan RELASIS akan berkesan sekiranya mahasiswa memahami konsep kesukarelaan di samping memupuk perpaduan nasional dan mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata modul latihan dan pendekatan RELASIS sentiasa dikaji dan diperkemas untuk disesuaikan dengan landskap semasa supaya ia sentiasa relevan.

Pada majlis itu juga, Kamariah menganugerahkan pangkat-pangkat Bersekutu kepada pentadbir RELASIS UniMAP dan UUM bagi mengiktiraf sumbangan mereka.

Anggota Rela pada masa ini adalah 2.9 juta dan daripada jumlah itu, 1.17 juta adalah belia. – BERNAMA

Tags: UniMAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

PTPTN Sampai Sumbangan Tablet Kepada Penuntut UiTM, Unimap

18/04/2022
0

ARAU : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyumbang sebanyak 50 unit tablet kepada pelajar dalam kalangan golongan berpendapatan rendah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd