• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh.. Bila Ujian Peluru Berpandu Disangka UFO

oleh Ahmad Albab
11/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Los Angeles – Ujian peluru berpandu di luar pantai California semalam mencetuskan kekecohan di media sosial apabila orang ramai menyangka mereka melihat objek terbang yang tidak dikenali (UFO).

Hashtag di Twitter #Navy, #comet dan #UFO menjadi perbicaraan hangat selepas pengguna media sosial memuatnaik video dan gambar cahaya misteri yang menerangi angkasa lepas dalam kegelapan malam.

“Ada UFO di Los Angeles. Saya teruja. Saya sudah bersedia,” tulis Shane Dawson, yang terkenal kerana videonya di YouTube, di akaun Twitternya.

Seorang lagi pengguna @AnieJacobson menulis: “UFO di Los Angeles. Ia bukan komet. Anak saya melihat UFO di Hollywood.”

Akhbar San Diego Union melaporkan, cahaya itu boleh juga dilihat penduduk di Nevada dan Arizona sementara pihak berkuasa menerima banyak panggilan melaporkan kejadian itu.

Bagaimanapun, ketika orang ramai sibuk meramalkan dunia akan kiamat berikutan kejadian itu, pegawai mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan kejadian itu.

“Program Sistem Strategik Tentera Laut melakukan ujian peluru berpandu Trindent II di laut dari USS Kentucky (kapal perang) di Lapangan Ujian Pasifik di luar pantai California Selatan.

“Ujian itu diadakan seperti yang dijadualkan sebelum ini,” kata Komodor Tentera Laut Ryan Perry. – AP/myMetro Online

Tags: Amerika SyarikatUFO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd