• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPPA Beri Manfaat Sektor Kritikal, Kata AMCHAM

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan memberi manfaat kepada sektor kritikal, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).

Dalam satu kenyataan hari ini, AMCHAM berkata, sektor-sektor berkenaan termasuk elektrik dan elektronik (E&E), getah, sawit, kayu dan komponen kereta.

Ia berkata sektor E&E menyumbang 33.4 peratus daripada jumlah eksport, bersamaan 43.6 peratus daripada jumlah eksport perkilangan dari Malaysia.

“Dengan penyertaan Malaysia dalam TPPA, sektor E&E akan menyumbang kepada lebih banyak peluang pekerjaan nilai tinggi.

“AMCHAM menggesa pihak-pihak berkepentingan di Malaysia untuk menyokong TPPA dan meneruskan usaha bagi membina asas yang kukuh untuk ekonomi negara,” katanya, dalam respons kepada pengumuman teks akhir perjanjian di laman sesawang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Teks yang dikeluarkan oleh negara-negara anggota TPP semalam akan melalui penelitian perundangan sebelum ditandatangani.

Selepas lima setengah tahun rundingan, Malaysia, Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam memuktamadkan rundingan bagi TPPA pada 5 Okt di Atlanta, Georgia (AS).

Bagi Malaysia, ia akan dibentangkan di Parlimen pada Januari atau Februari tahun depan. – BERNAMA

Tags: TPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd