• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tian Chua, Sila Jawab Dengan Polis & Mahkamah – Zahid

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua supaya memberi penjelasan dan keterangan kepada polis dan mahkamah berhubung dakwaan menjadi dalang mengatur pertemuan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H.Kiram.

Timbalan Perdana Menteri berkata Tian Chua tidak perlu menafikan pembabitannya dalam pertemuan Nurul Izzah dengan anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013, melalui media.

“Saya menasihatkan beliau tidak perlu menafikan melalui media, sila jawab kepada polis apabila kenyataan diminta daripada beliau dan sila beri keterangan dan penafian di mahkamah kalau beliau tidak terlibat,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Tian Chua Bertanggungjawab Pertemuan Nurul Izzah, Jacel

Pada sidang media itu, Zahid turut mempertahankan kenyataan yang dibuat tengah hari tadi dan tidak akan menarik balik kenyataan itu.

“Beliau jawablah kerana hanya beliau sahaja yang tahu penglibatan beliau dalam penganjuran majlis di Manila dan juga pertemuan YB Lembah Pantai (Nurul Izzah) di Manila atas penganjuran beliau.

“YB Tian Chua telah menafikan penglibatan beliau dalam penganjuran majlis di Manila dan mengatur pertemuan dengan Jacel. Sekali lagi saya sebutkan beliau jangan menafikan melalui media. Jawab kepada polis dan menafikan di mahkamah,” katanya.

Terdahulu, pada satu majlis hari ini, Ahmad Zahid mendedahkan bahawa Tian Chua bertanggungjawab dalam pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel.

“Anggota Parlimen Batu Tian Chua (adalah) orang yang bertanggungjawab menjalankan tindakan cara halus untuk menghubungkan apa yang dipanggil sebagai Kesultanan Sulu yang kononnya mahu menuntut semula wilayah kesultanan itu hingga ke Sabah.

“Jadi, saya harap Tian Chua berhati-hati dalam perbuatannya. Tian Chua harus lebih teliti dalam mengatur program untuk pemimpin-pemimpin partinya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China di sini.

Tian Chua menafikan dakwaan itu, dan menegaskan beliau dan Nurul Izzah berada di Filipina atas undangan pelbagai pihak termasuk parti politik negara itu. – BERNAMA

Tags: Tian ChuaZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Samsung W2016 Dilancarkan, Peranti ‘S6’ Boleh Lipat Anda

Next Post

Tiada Sindiket Pengemis Asing Atau Tempatan Dikesan Di Negara Ini

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Tiada Sindiket Pengemis Asing Atau Tempatan Dikesan Di Negara Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd