• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tian Chua Bertanggungjawab Pertemuan Nurul Izzah, Jacel

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan bahawa Anggota Parlimen Batu Tian Chua bertanggungjawab terhadap pertemuan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H.Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Beliau berkata kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu pertemuan Nurul Izzah dan Jacel, yang dilihat jelas membabitkan isu berkaitan maruah dan kedaulatan negara.

“Anggota Parlimen Batu Tian Chua (adalah) orang yang bertanggungjawab menjalankan tindakan cara halus untuk menghubungkan apa yang dipanggil sebagai Kesultanan Sulu yang kononnya mahu menuntut semula wilayah kesultanan itu hingga ke Sabah.

“Jadi, saya harap Tian Chua berhati-hati dalam perbuatannya. Tian Chua harus lebih teliti dalam mengatur program untuk pemimpin-pemimpin partinya,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyampaikan ucap tama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China di sini.

“Ini soal maruah, soal kedaulatan negara, kalau kedaulatan negara, ada undang-undang yang perlu dipatuhi.

“Saya telah nyatakan bahawa kita boleh berbeza pendapat, kita boleh meraikan perbezaan pandangan tetapi soal kedaulatan negara, soal maruah negara, harus tiada kompromi ke atasnya,” tegas Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata meskipun Nurul Izzah telah memohon maaf terhadap tindakannya itu, ia tidak dapat mengubat perasaan keluarga mangsa yang terkorban, rakyat Sabah yang tanahnya dicerobohi serta perasaan anggota keselamatan yang bekerja keras mempertahankan negara.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dalam kenyataannya sebelum ini mengakui beliau bertemu Jacel pada 9 Nov semasa berada di Filipina bersama Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.

Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Insiden itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.

Enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kerajaan berhak mengetahui sebab pertemuan Nurul Izzah dan Jacel, dan polis tidak memerlukan laporan untuk memanggil pemimpin PKR itu. – BERNAMA

Tags: KPNNurul IzzahTian Chua
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tukang Urut & Tukang Masak Antara 26 PATI Yang Diberkas

Next Post

APMM Tahan Dua Bot Nelayan Dikendalikan Awak-awak Indonesia

Related Posts

Rampasan Mercun Seludup Musim Perayaan Januari-Mac Cecah RM106 Juta – KPN

Rampasan Mercun Seludup Musim Perayaan Januari-Mac Cecah RM106 Juta – KPN

25/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan penyeludupan mercun bernilai lebih RM106 juta sepanjang tempoh 1 Januari hingga 23...

Kertas Siasatan Kes Babit Anak Menteri Telah Dilengkapkan – KPN

Kertas Siasatan Kes Babit Anak Menteri Telah Dilengkapkan – KPN

09/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri sebagaimana tular...

Next Post

APMM Tahan Dua Bot Nelayan Dikendalikan Awak-awak Indonesia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd