• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taktik Sembunyi Heroin Dalam Kotak Mi Segera Gagal Kaburi Polis

oleh Ahmad Albab
02/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Cubaan dua orang suspek pengedar dadah menyembunyikan heroin di celah bungkusan mi segera untuk mengelak daripada dikesan, gagal apabila mereka berjaya diberkas selepas menerima bahan terlarang itu menggunakan perkhidmatan kurier.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr. Che Ghazali Che Awang hari ini berkata suspek-suspek itu, seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun dan seorang wanita Myanmar 44 tahun ditangkap kira-kira pukul 11 pagi semalam di Pusat Komersil Kelana Mas di sini.

Menurutnya sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Langkawi diketuai Insp Shaharuddin Shah telah memberkas kedua-duanya selepas berkelakuan agak mencurigakan dengan membawa satu kotak tertera jenama mi segera di hadapan premis syarikat kurier di sana.

“Menyedari kehadiran polis, lelaki berkenaan telah mencampakkan kotak yang dibawanya ke tepi jalan tetapi tindakannya itu berjaya dikesan,” katanya di sini.

Katanya polis telah menemui empat peket plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki heroin dengan anggaran berat 232 gram di celah-celah bungkusan mi segera di dalam kotak berkenaan.

Che Ghazali berkata siasatan awal mendapati lelaki itu dan wanita yang mendakwa pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Mengenai Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) telah beberapa kali membawa masuk dadah ke Langkawi menggunakan kaedah itu sebelum kegiatan mereka berjaya dikesan.

Katanya kedua-dua suspek telah menggunakan syarikat kurier untuk menerima bekalan yang kemudiannya diedarkan kepada penagih-penagih di sekitar kawasan Bukit Malut di sini.

“Dadah (yang ditemui dalam kotak) tersebut dianggarkan bernilai RM9,200 dan (dipercayai) dapat dibekalkan kepada kira-kira 2,000 orang penagih,” katanya.

Menurutnya kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: dadahheroinpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd