• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Pernah Komen Isu Bienda, AC Mizal Mahu Saman Blog

oleh AK-47
13/11/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

BERIKUTAN kes penyanyi Bienda yang mahu juri program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) iaitu Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal memohon maaf secara terbuka kepada ibunya iaitu Sheeda, masih lagi tidak mendapat respon daripada kedua-duanya.

BACA: Komen M. Nasir Kurang Ajar, Bienda Tuntut Mohon Maaf

AC-Mizal

Bagaimanapun, baru-baru ini heboh di laman sosial apabila sebuah blog yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan sebuah artikel dan tajuk kononnya AC Mizal telah mengeluarkan kata-kata bernada bongkak berbunyi, “Bienda nak saman saya? Jap, ada nampak den goyang? takdo kan?”.

Berang dan kecewa dengan fitnah terhadapnya itu, AC Mizal baru-baru ini menerusi laman Facebook memberitahu tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan perundangan sekiranya pihak tidak bertanggungjawab itu tidak menarik balik artikel tersebut.

2E55715500000578-0-image-a-1_1447241503062

“Sila delete post ini sebelum saya ambil tindakan Perundangan!

“Ini adalah kerja blogger tentang artis dan bukan dari saya. Saya tidak pernah memberi sebarang komen dan tidak langsung melayan mana-mana pihak berkenaan isu yang tidak ada kena mengena dengan saya,” tegasnya.

Sebelum ini, M. Nasir mencetuskan sensasi apabila memberikan komen “Saya melihat tadi seorang putera berkuda masuk (stage) dan sedang cuba menyelamatkan… Snow White.. tapi yang dijumpa emak dia (Snow White)” kepada Sheeda selepas penyanyi itu selesai membawa lagu ‘Tiada Lagi’ bersama penyanyi Aweera.

sheeda-nasir1

Dialog itu sekali gus dikatakan seolah-olah memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.

Keadaan menjadi panas apabila komen itu mengundang ketawa orang ramai dan kemudian turut disambut oleh AC Mizal dengan berkata; “Aku dah agak dah… aku dah agak dah…”

Susulan itu, Bienda iaitu anak kepada Sheeda menyifatkan komen berkenaan sebagai kurang ajar kerana telah menjatuhkan maruah ibu dan keluarganya. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=VijrcwwtVec]

Tags: AC MizalBiendaSheeda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Tertipu, Sheeda ‘Serang’ Ifa Raziah Hanya Propa

12/07/2018
0

KECOH seketika laman sosial gara-gara satu video yang membabitkan dua penyanyi dangdut iaitu Ifa Raziah dan juga Sheeda bertegang lidah....

Sheeda ‘Serang’ Ifa Raziah Di Parkir Kereta

11/07/2018
0

DUNIA hiburan pada malam Selasa dikejutkan dengan sebuah video memperlihatkan dua penyanyi dangdut iaitu Ifa Raziah dan Sheeda bertikam lidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd