• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sultan Tiada Kuasa Mutlak Haramkan Penjualan Vape”

oleh AK-47
30/11/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERIKUTAN titah Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengharamkan penjualan vape di negeri Johor, pelbagai reaksi mengenai perkara ini dapat dilihat di ruang media sosial.

Ada yang menyokong dan ada yang mengutarakan pelbagai cadangan agar tindakan mengharamkan vape di negeri berkenaan ditarik balik.

Seorang peguam, Syahredzan Johan tampil menegaskan dalam satu kenyataan bahawa sultan tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengharamkan vape kerana bidang kuasa itu di bawah Kerajaan Negeri.

peguam

Bagaimanapun, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk membuat larangan berkenaan mengikut titah dan boleh juga memilih untuk tidak melaksanakan larangan itu.

“Jika larangan itu dilaksanakan, ia hanya melibatkan pengharaman menjual produk vape di peringkat majlis tempatan.

“Kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengharamkan vape kerana bidang kuasa itu di bawah Kerajaan Persekutuan,” tambah Syahredzan dalam satu status di akaun Facebooknya.

Beliau dalam kenyataannya itu juga menyatakan rasa setuju dengan titah baginda Sultan Ibrahim di mana isu vape tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman seperti yang dilakukan sesetengah pihak.

BACA: Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Jan 2016

Dalam laporan sebelum ini, baginda dikatakan telah memberi tempoh sebulan kepada semua peniaga vape di negeri itu untuk menutup premis perniagaan mereka bermula 1 Januari 2016.

Berikutan titah DYMM Sultan Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata, kerajaan negeri akan membincangkan titah baginda pada mesyuarat majlis kerajaan negeri dalam masa terdekat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JohorSultan Johorvape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd