• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nordiana Selesa Dengan Status Janda

oleh AK-47
24/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENJAK kemunculan semulanya dalam industri seni dengan menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV2), nama Siti Nordiana kembali menjadi sebutan dan perhatian ramai yang selama ini merindukan suara penyanyi itu.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini nyata tidak dapat lari daripada soalan mengenai jodohnya daripada para peminat setelah enam tahun hidup sebagai ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.

Mengulas persoalan itu, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana berkata, dia selesa dengan kehidupan kini di samping anaknya meskipun memegang status seorang janda.

“Saya selesa dengan status sebagai ibu tunggal dan tidak merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat. Buat masa ini fokus saya adalah untuk membesarkan anak lelaki dan kerjaya seni semata-mata.

“Urusan jodoh ini saya serahkan sepenuhnya kepada Tuhan dan enggan terburu-buru membuat keputusan. Biarlah lelaki yang hadir dalam hidup saya itu nanti bukan sahaja dapat menerima saya, malah dia juga perlu serasi dengan anak tunggal saya,” jelasnya, memetik laporan BH Plus.

Nana sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Faizal Yusup, namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila memilih untuk bercerai pada tahun 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak bernama Mohamad Rayyan Nakhaie, 6.

Faizal bagaimanapun meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=CReCHW00Ftk]

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=h0ROCrd56eY]

Tags: Siti Nordiana
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cerita 8 Pengebom Berani Mati Mahu Letup KK Tak Benar

Next Post

Selesaikan Isu Laut China Selatan Secara Aman – Najib

Related Posts

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman difailkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau dikenali Nana, terhadap lima individu termasuk...

Khai Bahar, Siti Nordiana Ungguli AME 2019

22/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi Khai Bahar berjaya mengekalkan kemenangan Top Top Meletop bagi kategori lelaki pada Anugerah MeleTOP ERA 2019...

Next Post

Selesaikan Isu Laut China Selatan Secara Aman - Najib

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd