• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serlahkan Kejantanan Dalam Debat 1MDB – Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Debat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua adalah peluang untuk menyerlahkan keberanian dan kejantanan masing-masing bagi mencari kebenaran berhubung isu menyelubungi syarikat pembangunan strategik itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa menyatakan demikian berkata, sekiranya Pua mahu isu 1MDB diselesaikan dengan baik, beliau seharusnya menggunakan platform perdebatan itu dengan baik dan jangan berdolak-dalik.

“Kalau berani cabar maka hendaklah bayar dengan ‘harga tunai’ iaitu dengan keberanian, keikhlasan dan bukannya dengan cacamarbakan cabaran itu.

“Jangan bagi alasan untuk melarikan diri dan menghilang dan mencabut kejantanan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat peringkat Jawatankuasa Tertinggi mengenai Agensi Keselamatan Sempadan di sini, hari ini.

Arul Kanda pada Sabtu menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Pua tanpa sebarang syarat, dengan menarik balik syarat terdahulu untuk Pua meletakkan jawatannya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ahmad Zahid berkata beliau percaya Arul Kanda sebagai seorang yang profesional mampu menjawab dengan baik sebarang persoalan yang bakal diajukan seterusnya memberi gambaran sebenar mengenai isu melanda 1MDB.

“Perlu cari pendekatan berbeza untuk menjernihkan fakta yang keruh dan pencerahan yang dilakukan (Arul Kanda) dapat memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku, bukan dengan memesongkan beberapa fakta yang telah dibangkitkan dahulu tetapi diulang-ulang,” katanya.

“Dengan adanya perbahasan terbuka dan secara langsung, keberanian dan kejantanan harus terserlah,” katanya.

Mengenai kesediaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan secara langsung debat 1MDB itu, Ahmad Zahid menyifatkan ia sebagai wajar.

“Tiada masalah kalau nak live (secara langsung),” katanya.

Pada 29 Okt lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata RTM sedia menyiarkan debat itu secara langsung sekali gus membuktikan sikap keterbukaan kementerian berkenaan. – BERNAMA

Tags: 1MDBArul KandaPACTony PuaZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd