• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serbuk Putih Dihantar Ke Pejabat Menteri Kesihatan Ialah Vitamin C

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis pada Sabtu mengesahkan serbuk putih yang disyaki berbahaya dan dihantar menggunakan kiriman khidmat Pos Laju ke pejabat Menteri Kesihatan pada Jumaat merupakan serbuk Vitamin C.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata pengesahan itu dibuat berdasarkan keputusan ujian yang dilakukan Makmal Penyelidikan Bomba di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Pejabat Menteri Kesihatan Dapat Serbuk Misteri

“Saya mengesahkan analisis dibuat ke atas serbuk putih yang membuatkan warga Kementerian Kesihatan gempar semalam ialah ascorbic acid atau vitamin larut air iaitu Vitamin C dan ia tidak berbahaya,” katanya ketika dihubungi.

Rosly berkata siasatan awal pihaknya mendapati pengirim turut menggunakan alamat palsu, manakala motif kiriman masih lagi disiasat.

Semalam kakitangan pejabat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam terpaksa mengosongkan Tingkat 13 yang menempatkan pejabat mereka selepas dua kakitangannya mendakwa mengalami kegatalan setelah membuka sampul bersaiz A4 yang dihantar menggunakan khidmat Pos Laju pada kira-kira 3.15 petang.

Ekoran kejadian itu, kakitangan kementerian bertindak menghubungi pihak bomba dan polis bagi memaklumkan penemuan serbuk tersebut, dan kakitangan pejabat menteri berhimpun di perkarangan kawasan Blok E7 itu untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan. – BERNAMA

Tags: Menteri Kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Kajang

20/09/2021
0

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melakukan lawatan mengejut ke Hospital Kajang.

Tanda Pagar Minta Adham Baba Letak Jawatan Trending

09/02/2021
0

PUTRAJAYA - Susulan perwataan jemaah menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara dikecualikan daripada menjalani pemerhatian atau pengawasan selama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd