• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SELCAT Digesa Siasat Isu Tawaran Pinjaman Libatkan Anak Syarikat DEIG

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) perlu menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) terutama melibatkan dakwaan tawaran pinjaman bank RM500 juta kepada salah sebuah anak syarikat kumpulan itu.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dalam siasatan itu, SELCAT mesti mengesahkan tiada sebarang unsur salahguna kuasa atau pelanggaran tatacara serta etika pengurusan dan pentadbiran, meskipun DEIG mengaku kewujudan tawaran pinjaman itu yang kemudiannya ditolak.

“Di samping itu, tidak dapat disangkal lagi wujudnya merit bagi Jabatan Audit Negara menjalankan kajian secara mendalam demi menentukan kesahihan semua dakwaan yang dibuat terhadap DEIG,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rabu lepas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dari Barisan Nasional (BN) dalam satu sidang media menuntut Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, memberi penjelasan berhubung tindakan DEIG menerusi anak syarikatnya, DEIG Land Sdn. Bhd. (DEIG Land) yang didakwa menerima tawaran pinjaman berjumlah RM500 juta daripada sebuah bank tempatan.

Beliau mendakwa pinjaman itu untuk mengambil alih dan melunaskan hutang Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berjumlah RM424.7 juta.

Budiman berkata pinjaman berkenaan dilaporkan melibatkan aset negeri sebagai cagaran termasuk tanah yang melebihi jumlah pinjaman.

Ketua Pegawai Operasi DEIG, Soffian Affendi Aminuddin sebelum ini, dilaporkan mengakui pernah memohon kepada bank untuk pinjaman itu dan menerima tawaran pinjaman berkenaan.

Bagaimanapun, katanya cadangan tawaran itu tidak diluluskan di peringkat lembaga pengarah syarikat DEIG.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang menegaskan tiada sebarang perintah pembangunan dikeluarkan semasa pentadbirannya bagi mana-mana projek pembinaan lebuh raya bertol di Selangor. – BERNAMA

Tags: DEIGKhalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

01/08/2022
0

Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim selamat disemadikan di Makam Diraja Shah Alam kira-kira 2.30 petang tadi....

Khalid Ibrahim Sedia Bantu Kerajaan

04/03/2020
0

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kesediaannya membantu kerajaan baharu jika khidmatnya diperlukan. Abdul Khalid berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd