• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebanyak 16% Rumah Mampu Milik Dalam Akujanji BN Berjaya Disiapkan

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 160,000 daripada sejuta unit rumah mampu milik yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam akujanji pilihan raya umum ke-13 (PRU13) siap dibina setakat 30 Sept lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sememangnya komited meneruskan projek perumahan berkenaan kerana perkara itu dekat di hati rakyat walaupun menghadapi cabaran ekoran keadaan ekonomi tidak menentu berikutan penguncupan ekonomi China serta ketidaktentuan dalam kadar faedah Amerika Syarikat yang memberi kesan kepada nilai ringgit.

“Sebagai sebuah kerajaan, BN telah memuatkan dalam akujanji pilihan raya ke-13 di mana kita telah membuat pengakuan dalam tempoh masa lima tahun kita akan bina satu juta rumah mampu milik di seluruh negara.

“Tugas utama diberikan kepada PR1MA (Perbadanan PR1MA Malaysia) di mana PR1MA dikehendaki membina 500,000 rumah mampu milik di seluruh negara. Setakat 30 Sept 2015, sekitar 16 peratus daripada satu juta rumah mampu milik yang dijanjikan telah siap dibina,” katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Rumah PR1MA 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir pada ekspo tiga hari bermula hari ini itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias.

Najib berkata penyediaan projek perumahan PR1MA yang harganya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran juga merupakan satu cara kerajaan berkongsi kekayaan negara dengan rakyat.

“Kalau aset itu dalam bentuk rumah, nilai pasarannya lebih tinggi daripada apa yang kita beli, sudah tentu dapat sahaja sebuah rumah PR1MA, maka kita sudah dapat keuntungan yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata projek perumahan berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa seperti “pisang goreng panas” sehingga menerima permohonan melebihi unit rumah yang ditawarkan.

Sebagai contoh, katanya, projek PR1MA di Alam Damai, Cheras sebanyak 2,000 unit menerima permohonan lima kali ganda manakala di Jalan Jubilee, Bukit Bintang yang berjumlah 543 unit menerima permohonan sebanyak 25 kali ganda.

Perdana Menteri turut meminta kerajaan-kerajaan negeri memberikan kerjasama dalam pembangunan projek perumahan mampu milik bagi memberikan kemudahan kepada rakyat untuk memiliki rumah.

“Umpamanya kerajaan negeri Sarawak telah memberi kelonggaran terhadap dasar kepadatan kepada pembangunan PR1MA untuk membantu mengurangkan kos pembinaan kediaman PR1MA sebanyak 20 peratus dengan tambahan nisbah plot, kita akan dapat kurangkan kos kepada PR1MA, begitulah juga negeri Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan menyediakan satu pusat sehenti,” katanya.

Najib berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga bekerjasama dengan PR1MA dalam membangunkan sebidang tanah berkeluasan 3.23 hektar di Kajang melibatkan 1,200 unit kediaman yang dijual kepada kakitangannya serta masyarakat setempat.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyerahkan surat tawaran kepada 10 pembeli rumah PR1MA di Kuala Ketil, Kedah serta memulakan cabutan undi untuk projek PR1MA Alam Damai dan Jalan Jubilee.

Pada majlis sama, PR1MA mengumumkan perkongsian strategik dengan PERMATA bagi penubuhan pusat jagaan kanak-kanak PERMATA PR1MA dan program komuniti di pembangunan PR1MA terpilih.

Program tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pusat jagaan kanak-kanak PERMATA PR1MA untuk kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun dan PERMATA Perkasa @ Pusat Komuniti Remaja untuk belia yang berusia 15 hingga 25 tahun. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]UoWzNFDXvjc[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun RazakRumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nurul Izzah Beri Keterangan Di Bukit Aman

Next Post

Dakwaan Akan Jejaskan UMNO Dalam Pilihan Raya Umum

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Cubaan Bunuh Polis, Pandu Berbahaya

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

15/04/2024
0

KUCHING: Kediaman Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala di Kampung Pa' Umor,...

Next Post

Dakwaan Akan Jejaskan UMNO Dalam Pilihan Raya Umum

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd