• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayani Air Pilih Langkawi Sebagai Hab Penerbangan

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Syarikat penerbangan, Rayani Air Sdn. Bhd. memilih Langkawi sebagai hab penerbangannya dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke pulau peranginan itu.

Pengarah Urusannya Ravi Alagendrran berkata sebagai permulaan, sebuah pesawat Boeing 737-400 akan memulakan operasi dari Langkawi-Kota Baharu manakala sebuah lagi bagi destinasi Langkawi-Kuala Lumpur.

Katanya syarikat turut menyasarkan untuk mengembangkan operasi ke China dan India.

“Syarikat merancang untuk memperuntukkan dua buah pesawat bagi operasi penerbangan luar negara pada tahun depan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan, Warisan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Sementara itu, Mohd Rawi berkata beliau berharap lebih banyak syarikat penerbangan akan mengadakan perkhidmatan ke Langkawi selain Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, Firefly dan Malindo Air pada masa ini.

Beliau berkata penambahan penerbangan ke pulau itu akan meningkatkan jumlah pelancong ke Langkawi daripada 3.5 juta orang ketika ini kepada tahap yang lebih tinggi.

Katanya pelbagai acara telah disusun sempena Tahun Melawat Kedah pada tahun depan untuk menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi negeri ini. – BERNAMA

Tags: Rayani Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas CEO Rayani Air Peluk Islam

25/09/2019
0

PASIR MAS - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendran, 52, memeluk Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di...

“Saya Sedia Jumpa PPIM” – Pemilik Rayani Air

17/08/2016
0

PEMILIK Rayani Air, Ravi Alagenddran sedia mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membincangkan mengenai usaha untuk menyelamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd