• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafidah Gesa Vape Segera Dicegah, Ismail Sabri Tak Setuju

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kabinet mesti bertindak segera terhadap isu penggunaan rokok elektronik (vape) sebelum tabiat itu berleluasa, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

“Jangan biarkan isu ‘vaping’ mencirikan gaya hidup baru anak muda kita.. menjadi masalah di kalangan pelajar sekolah dan remaja.

“Apabila ia berleluasa ia akan menjadi satu masalah besar untuk diuruskan… jangan biarkannya,” katanya di laman Facebook, Sabtu.

Beliau berkata, kerajaan tidak perlu mempolitikkan isu-isu kesihatan sambil menambah potensi kesihatan akibat ‘vaping’ adalah sama dengan tindakan kerajaan yang melihat potensi kesan kesihatan negatif akibat merokok.

“Saya yakin ramai orang awam bimbang, berbanding golongan minoriti yang mahu ‘vaping’ tidak diganggu,” katanya.

Rafidah juga menegaskan tindakan meningkatkan duti ke atas rokok adalah sia-sia jika kerajaan bebas membenarkan ‘pengganti rokok’ yang sama-sama berbahaya mudah didapati tanpa peraturan dikuatkuasakan.

“Sememangnya akan wujud penghijrahan daripada rokok ke vape,” katanya, sambil menambah Singapura dan Australia telah melarang penggunaan vape.

Beliau berkata, sepatutnya tidak timbul isu tentang berapa banyak nikotin yang mungkin akan membunuh, tetapi ia lebih kepada langkah mencegah tabiat yang baharu terbentuk di kalangan orang muda.

Anak muda, katanya perlu dibentuk untuk mempunyai pemikiran positif dan progresif, bebas daripada kekangan dan bentuk ketagihan kerana ia mempunyai potensi untuk menjejaskan tenaga dan kesihatan mereka.

“Lebih-lebih lagi apabila muda hari ini perlu berada pada tahap terbaik untuk bersaing,” katanya.

Walau bagaimanapun, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan terkini Kementerian Kesihatan yang hanya membenarkan ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar menjual perasa vape yang dicampur nikotin akan ‘menjejaskan industri yang dikuasai orang Melayu’.

Katanya, beliau terkejut dengan langkah kementerian itu, mengatakan bahawa penjual vape tidak boleh lagi meneruskan perniagaan kerana kebanyakan farmasi dimiliki syarikat-syarikat gergasi, termasuk ‘tauke asing’, katanya dalam entri Facebook terbarunya, Selasa.

Beliau berharap Kementerian Kesihatan dapat mengkaji semula cadangan dengan mengambil kira kerugian yang mungkin ditanggung perniagaan ini.

Ismail Sabri juga mahu perasa vape buatan Malaysia dikenali global. – mStar Online

Tags: Rafidah Azizvape
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Xiaomi Mi Band Plus, Hadir Dengan Sensor Denyutan Jantung

Next Post

Masuk Web Beli Belah Lihat Model Seksi Bukan Beli Barang

Related Posts

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penjualan Rokok, Vape Dalam Bentuk Alat Tulis

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penjualan Rokok, Vape Dalam Bentuk Alat Tulis

21/10/2024
1

KUALA LUMPUR : Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan penjual yang memasarkan vape atau rokok elektronik yang menyerupai peralatan...

Penggunaan Vape Babitkan Remaja Berusia 13 Hingga 17 Tahun Meningkat

Penggunaan Vape Babitkan Remaja Berusia 13 Hingga 17 Tahun Meningkat

02/06/2024
0

Kuala Lumpur : Sebanyak 28 notis kesalahan penjualan rokok dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang belum dewasa (OBD) sepanjang...

Next Post

Masuk Web Beli Belah Lihat Model Seksi Bukan Beli Barang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd