• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Gotong Royong Mega Serentak Basmi Nyamuk Aedes

oleh Ahmad Albab
08/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan hari ini melancarkan program gotong royong mega di 15 kawasan panas di seluruh negara secara serentak bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes.

Program yang sama di Melaka dan Johor akan diadakan kemudian.

Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam berkata program itu memberi fokus kepada kawasan tanah atau lot kosong kerana hasil pemantauan kementerian itu tahun ini mendapati longgokan sampah di kawasan berkenaan menyumbang kepada 18 peratus pembiakan Aedes di negara ini.

“Bagi kawasan yang mempunyai pemilik, kita telah beri notis kepada pemilik tanah untuk bersihkan kawasan mereka. Namun jika tiada tindakan diambil, maka dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, ia akan dibersihkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong Royong Mega peringkat kebangsaan di Kg Sungai Kayu Ara di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata selain 15 kawasan, beberapa agensi kerajaan akan turut menjalankan gotong royong di cawangan dan fasiliti masing-masing iaitu melibatkan semua kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kuarters polis dan Pusat Latihan Rela di seluruh negara.

“Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pula menyelaraskan aktiviti gotong royong di 222 lokasi taska dan kawasan Rukun Tetangga di bawah jabatan tersebut,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan hari ini ialah pembersihan longgokan sampah, pemeriksaan tapak bangunan, pengalihan kereta terbiar, aktiviti “larviciding” (kaedah pencegahan secara ekologi bagi menyekat perkembangan larva atau pupa menjadi nyamuk dewasa), semburan kabus dan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.

Dr Subramanian berkata Kg Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya dipilih bagi pelaksanaan program gotong royong kerana ia merupakan lokaliti kawasan panas dengan mencatat dua kematian dan 372 kes demam denggi sepanjang tahun ini hingga 31 Okt lepas, meningkat 128 peratus berbanding tahun lepas.

Bagi seluruh negara, sebanyak 282 kematian dan 102,217 kes demam denggi denggi dilaporkan tahun ini berbanding 162 kematian dan 86,192 kes tahun lepas.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (Operasi) Datuk Che Azemi Haron berkata pihaknya akan terus menyokong sebarang usaha termasuk kempen gotong royong bagi mengindahkan alam sekitar selain mencegah penularan wabak demam denggi.

“Kementerian akan terus terlibat dengan program seperti ini kerana selain dapat mendidik kakitangan tentang kebersihan, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara warga kementerian dengan penduduk di kawasan yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program Gotong Royong Mega di Surau al-Ikhwan Desa Pinggiran Putra. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniamnyamuk Aedes
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengangkutan Bas Elektrik Di Putrajaya Bermula Sept Tahun Depan

Next Post

Cuepacs Saran Mesin Kiosk JPJ Ditambah Di Seluruh Negara

Related Posts

Isu Denda RM500 Biak Aedes Hampir Kecohkan Dewan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pagi ini hampir kecoh apabila Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mendakwa Timbalan Menteri...

Simpang Kuala Lokaliti Baharu Kes Chikungunya

26/06/2019
0

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan lokaliti baharu penyakit chikungunya iaitu di Simpang Kuala di sini dengan...

Next Post

Cuepacs Saran Mesin Kiosk JPJ Ditambah Di Seluruh Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd