• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjanjian Konsesi LPT2 Dijangka Ditandatangani Akhir Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
16/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjanjian konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) untuk menentukan syarikat yang akan mengurus dan menyelenggara lebuh raya itu termasuk menjalankan kutipan tol, dijangka akan ditandatangani pada akhir tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pada masa ini, kerajaan masih lagi dalam proses untuk memuktamadkan perjanjian itu dengan syarikat yang dipilih secara ‘request for proposal’.

“Sehubungan itu, isu-isu berkaitan kadar tol dan pembahagian ekuiti yang melibatkan kepentingan kerajaan negeri masih belum dimuktamadkan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau menjawab pertanyaan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang ingin tahu bilakah LPT2 akan beroperasi sepenuhnya dan bagaimanakah agihan pegangan saham antara pemegang konsesi dengan kerajaan negeri Terengganu.

Rosnah berkata, LPT2 sepanjang 184km telah siap sepenuhnya dan dibuka kepada trafik pada 31 Jan lalu dan pada masa ini pengguna tidak dikenakan sebarang tol.

Dalam pada itu, Rosnah turut menjelaskan mengenai kekerapan berlakunya kemalangan di lebuh raya itu yang menurutnya banyak disebabkan oleh faktor manusia, kenderaan serta persekitaran.

Katanya, berdasarkan analisa dari Februari hingga September tahun ini, sebanyak 517 kes atau 78 peratus kemalangan di LPT2 berlaku disebabkan faktor manusia, diikuti faktor persekitaran iaitu 90 kes (13 peratus) dan faktor kenderaan sembilan peratus.

“Disebabkan oleh kekerapan berlaku kemalangan ini, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mengambil langkah proaktif terutama di lokasi kerap berlaku kemalangan dengan menambah baik ciri-ciri keselamatan di sepanjang LPT2.

“Antaranya termasuk pemasangan papan tanda amaran, pemasangan pelekat pantulan cahaya, menambah baik permukaan lebuh raya dan banyak lagi…selain penguatkuasaan pihak polis untuk mengawasi had laju,” katanya. – BERNAMA

Tags: JKRLPT2
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

11/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah...

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd