• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Vape Dah Lebih Sejuta, KPDNKK Selaras Harga E-Rokok

oleh Ahmad Albab
11/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengeluarkan penyelarasan harga mengikut kepiawaian khusus untuk rokok elektronik atau e-rokok bagi memastikan keselamatan penggunanya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi yang terlibat termasuk Kementerian Kesihatan dan Sirim Bhd bagi merangka garis panduan dan penyelerasan harga untuk e-rokok itu.

Katanya, kementerian tidak bercadang untuk menyekat pengimportan vape ke dalam negara namun kerajaan harus memberi perhatian dari segi keselamatan dan kesihatan pengguna.

“Pengguna vape kini sudah capai lebih sejuta dan kita bukan nak halang mereka cuma nak cari jalan selamat untuk pengguna-pengguna ini.

“Kami tidak menyekat mereka (penjual vape), kalau dia tidak jual secara terbuka, dia akan jual dalam pasaran gelap juga. Jadi kita ingin mengelak perkara daripada berlaku, oleh itu kita sedang berbincang untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya selepas Lawatan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali di Little India di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata beliau berpuas hati dengan tinjauan harga barang di Kompleks Pasar Bayan Baru dan Little India di negeri ini.

Katanya, kementerian telah membuat lebih 12,000 pemeriksaan di seluruh negara dan tiada sebarang kes direkodkan kerana semua peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Semua bekalan dan barangan sambutan perayaan Deepavali ini mencukupi mengikut harga yang ditetapkan pada permulaan Skim Kawalan Harga dari 5 hingga 14 Nov,” katanya.

Antara barang keperluan yang disenaraikan dalam harga terkawal termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil India, bawang besar import, ubi kentang import dan kacang dal. – BERNAMA

Tags: KPDNKKrokok elektronik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Belanjawan 2023: Produk Cecair, Gel Ada Nikotin Akan Dicukai

Belanjawan 2023: Produk Cecair, Gel Ada Nikotin Akan Dicukai

24/02/2023
0

Kuala Lumpur: Duti eksais dikenakan ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd