• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Curi Permainan Lego Bernilai RM22,575 Diberkas

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NUSAJAYA – Seorang pemandu lori yang mencuri barang permainan Lego bernilai RM22,575 di bilik pameran dalam Hotel Legoland di sini diberkas polis baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya Deputi Supt Ismail Dollah berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan di rumahnya di perkampungan Jementah, Segamat pada pukul 2.15 pagi Isnin lepas.

“Setelah menerima laporan, polis berjaya memberkas suspek dalam masa kurang daripada 24 jam,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di sini hari ini.

Menurut Ismail, suspek terlebih dahulu telah menginap selama satu malam di hotel berkenaan dan bertindak mencuri barang permainan itu selepas mendaftar keluar.

“Modus operandi yang digunakan suspek ialah mencuri barang permainan Lego yang dipamerkan dengan memasukkan kesemua permainan dalam beg besar sebelum keluar daripada hotel itu,” kata beliau.

Katanya pihak polis turut menemui semula barangan curi antaranya Lego Dragon, Lego Monkey, Lego Monkey Head, Throw Pillow Pirate dan Bed Runner King.

Selain itu, hasil ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis Amphetamine (AMP) namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Suspek direman selama tiga hari sejak semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Curi dalam bangunan) dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga boleh didenda atau sebat.

Katanya kes curi Lego merupakan pertama kali seumpamanya dan pihaknya memandang serius kes tersebut kerana boleh mencemarkan imej industri pelancongan di negeri ini. – BERNAMA

Tags: curi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd