• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar UMP Terima Ijazah Sarjana Kedoktoran Di Hospital

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kegembiraan seorang graduan antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk meraikan kejayaannya pada majlis konvokesyen dengan menerbangkan ibu bapanya dari Chennai, India berakhir dengan tragedi apabila terlibat dalam kemalangan di Maran pada 12 Okt lepas.

Kemalangan yang berlaku di kilometer 150.3 Lebuhraya Pantai Timur, Maran itu bukan sahaja menyebabkan graduan Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) bidang Elektrik dan Elektronik C. Sridathan, 32, tidak dapat menghadiri majlis tersebut tetapi turut mengakibatkan beliau kehilangan bapanya R. Dhandramouleeswaran, 73.

Malah beliau sendiri dan ibunya, C. Lalitha, 65, turut cedera parah manakala dua rakannya cedera ringan.

Namun hari ini, kedukaan dan kecederaan di bahagian pinggul yang dialami berikutan insiden itu sedikit terubat apabila UMP mengadakan majlis khas penyampaian ijazah berkenaan di katil pusat Kuantan Medical Centre (KMC) di sini.

Ijazah berkenaan disampaikan sendiri Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dengan disaksikan Pengarah Pejabat Antarabangsa UMP, Prof Madya Dr. Ainol Haryati Ibrahim, rakan dan kakitangan UMP.

Sridathan berkata semasa kejadian mereka baru tiba dari Chennai, dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuantan untuk persiapan menghadiri majlis konvokesyen ke-10 UMP pada 17 Okt.

“Saya mahu mereka datang pada hari konvokesyen saya tetapi ini yang berlaku…ini kali pertama mereka melancong ke luar negara dan adalah sangat menyedihkan tragedi ini berlaku apabila mereka sepatutnya meraikan kejayaan saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kejadian itu tidak akan melemahkan semangatnya dan beliau berazam untuk menyambung kembali pengajian dalam program fellowship penyelidikan pasca kedoktoran dalam bidang yang sama.

Sementara itu, Ainol Haryati berkata selepas kejadian itu, pihak universiti membantu menguruskan bantuan yang diperlukan pelajar berkenaan.

“Kami menghubungi pihak kedutaan India selain menguruskan dokumentasi kedua ibu bapa pelajar dan menghantar mayat bapa pelajar berkenaan pulang ke India pada Sabtu lepas dan disusuli dengan penghantaran pulang ibunya untuk mendapatkan rawatan lanjut di India,” katanya. – BERNAMA

Tags: UMP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPPA Beri Manfaat Sektor Kritikal, Kata AMCHAM

Next Post

Devamany Menang Timbalan Presiden MIC

Related Posts

UMP Memperluas Kerjasama Dalam Memasyarakatkan TVET

07/06/2022
0

Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan terus memperkukuhkan peranannya sebagai universiti teknologi dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) sebagai usaha mengangkat...

Mufti Pulau Pinang Bidas Kertas Peperiksaan Zakir Naik

30/12/2019
0

GEORGE TOWN - Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini menyarankan supaya pengurusan universiti lebih bertanggungjawab dengan...

Next Post

Devamany Menang Timbalan Presiden MIC

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd