• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBS Boleh Kembangkan Sayap Ke Semenanjung, Sarawak

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Parti Bersatu Sabah (PBS) kini boleh mengembangkan keanggotaan parti ke Semenanjung dan Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini susulan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan permintaan PBS itu berkuat kuasa 3 November lepas.

“Saya tahu pentingnya presiden PBS meminta (kelulusan itu) daripada saya sebagai Menteri Dalam Negeri di mana RoS di bawah kementerian saya.

“Tapi (PBS) mesti terus taat setia kekal dalam Barisan Nasional (BN),” katanya dengan disambut tepukan gemuruh tanda sokongan daripada anggota PBS ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-30 di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan surat kelulusan daripada RoS itu bersama-sama sijil kebenaran kepada Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan dasar, Pairin berkata permohonan membuka cawangan dan keanggotaan di Semenanjung dan Sarawak adalah selaras dengan keputusan dibuat semasa Kongres PBS pada tahun 1995.

“Lebih 200,000 rakyat Sabah bekerja di Semenanjung, dan saya percaya langkah ini akan disambut baik oleh rakyat yang ingin bersama-sama dalam perjuangan PBS untuk semua kaum,” katanya.

Pairin percaya langkah tersebut akan menjadi lembaran baharu bagi PBS untuk menyumbang peranan dalam BN dengan lebih efektif bagi menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]kWe4-YGIeZg[/wpdevart_youtube]

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd