• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Izzah Fail Saman Terhadap Khalid Dan Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini menfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menuduhnya sebagai penderhaka kepada negara.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di sini melalui Tetuan Daim & Gamany dan menamakan Khalid dan Ismail Sabri sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah mendakwa pada 22 Nov lepas, Khalid telah mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.

Beliau berkata perkataan fitnah itu dikeluarkan selepas beberapa hari gambar yang memaparkannya (Nurul Izzah) bersama Jacel Kiram, anak perempuan kepada Jamalulail Kiram yang dikatakan mengarahkan atau mengetuai serangan dan pencerobohan ke atas Sabah, pada 2013.

Nurul Izzah mendakwa dalam makna asal atau biasa perkataan-perkataan fitnah itu bermaksud beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan dalang di sebalik serangan dan pencerobohan Sulu ke atas Sabah.

Nurul Izzah juga mendakwa pada hari sama, Ismail Sabri juga mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah dalam sidang media di satu majlis di Bera, Pahang yang dalam makna asal atau biasa bermaksud beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan telah mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya kenyataan oleh defendan pertama dan kedua itu diterbitkan dan disiarkan di media elektronik dan cetak.

Beliau mendakwa disebabkan perkataan fitnah itu, beliau mengalami kecederaan teruk terhadap reputasi sebagai seorang anggota Parlimen dan pemimpin politik.

Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]QJVw_NWs6co[/wpdevart_youtube]

Tags: Nurul Izzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dr. Mujahid Pengkhianat Yang Ekstrem! – PAS

Next Post

Kes Culik Bayi 12 Hari: 4 Suspek Termasuk Dalang Ditahan

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

Next Post

Kes Culik Bayi 12 Hari: 4 Suspek Termasuk Dalang Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd