• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Izzah Beri Keterangan Kepada Polis Esok

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH -Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan memberi keterangan kepada pihak polis esok berhubung pertemuan beliau dengan Jacel H.Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu perlu memberi penjelasan berhubung petemuan tersebut kerana Jacel Kiram merupakan jurucakap kepada pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III ketika insiden pencerobohan Lahad Datu dua tahun lepas.

“Kita sudah berhubung dengan beliau (Nurul Izzah) serta peguamnya dan akhirnya bersetuju untuk hadir memberikan keterangan pada Jumaat. Kita perlu tahu apa sebab dia berada di sana.

“Ini kerana saya perlu menjawab kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa serangan oleh pihak Sulu di Lahad Datu,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 264 pegawai dan anggota polis yang terbabit dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah di Kem Pasukan Gerakan Am di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh.

Khalid berkata pihaknya akan memanggil Naib Presiden PKR, Tian Chua untuk memberi keterangan berhubung pertemuan antara Nurul Izzah, iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Jacel kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pertemuan itu.

“Kita juga tahu Tian Chua berada di sana semasa Nurul Izzah berjumpa dengan Jacel Kiram. Kita akan hubungi dia dan akan panggil dia dalam masa terdekat.

Nurul Izzah dalam kenyataannya sebelum ini mengakui beliau bertemu Jacel pada 9 Nov semasa berada di Filipina bersama Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.

Sebelum ini, Nurul Izzah dilaporkan telah membuat permohonan maaf selepas gambarnya bertemu Jacel di Filipina dimuat naik di laman Facebook mendapat kritikan, manakala semalam, Tian Chua pula menafikan beliau adalah dalang dalam pertemuan itu.

Sementara itu, mengulas tindakan Nurul Izzah memfailkan saman terhadap Khalid dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menuduhnya sebagai penderhaka kepada negara, Khalid berkata itu merupakan hak Nurul Izzah untuk memfailkan saman.

“Dia boleh saman tetapi siasatan (mengenai pertemuan itu) tetap dijalankan,” katanya.

Nurul Izzah menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Daim & Gamany dan menamakan Khalid dan Ismail Sabri sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah mendakwa pada 22 Nov lepas, Khalid telah mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.

Nurul Izzah mendakwa Ismail Sabri juga mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah dalam sidang media di satu majlis di Bera, Pahang yang dalam makna asal atau biasa bermaksud beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan telah mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]PojZVpkT9e8[/wpdevart_youtube]

[wpdevart_youtube]bxTlmVFTOJs[/wpdevart_youtube]

Tags: Nurul Izzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd