• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Izzah Beri Keterangan Di Bukit Aman

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengambil keterangan daripada Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuan kontroversinya dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan rakyat Sabah dan keluarga mangsa yang terkorban di Lahad Datu sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam meluluskan usul menghalang beliau dan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua daripada memasuki negeri itu.

Naib Presiden PKR itu hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama peguamnya, R. Sivarasa serta beberapa penyokong kira-kira 3.35 petang untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Nurul Izzah berkata beliau kesal tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar pertemuannya bersama Jacel Kiram pada 9 Nov lepas di media sosial.

“Perkara ini telah saya jelaskan sebelum ini dalam program terbuka anjuran Institut Demokrasi di Asia, Pejabat Timbalan Presiden Filipina dan Datuk Bandar Filipina…saya minta maaf dan kesal atas perkara itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)(Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengambil keterangan daripada Nurul Izzah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana cubaan sabotaj,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Gv6CGP8HtI8[/wpdevart_youtube]

Tags: Nurul Izzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayi Hidap Paru-Paru Kronik Perlu Bantuan

Next Post

Sebanyak 16% Rumah Mampu Milik Dalam Akujanji BN Berjaya Disiapkan

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

Next Post

Sebanyak 16% Rumah Mampu Milik Dalam Akujanji BN Berjaya Disiapkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd