• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M’sia Komited Pastikan Dalang Tembak Jatuh MH17 Dibawa Ke Muka Pengadilan

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi menyatakan komitmen untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 dibawa ke muka pengadilan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, perkara itu dinyatakan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Australia pada Isnin.

Mesyuarat dengan rakan sejawatnya Julie Bishop itu diadakan di Commonwealth Parliamentary Offices di Melbourne, Australia sempena lawatan Anifah ke negara itu pada 1 hingga 4 Nov.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua menteri luar itu membincangkan isu yang melibatkan kedua-dua negara seperti kumpulan militan I.S, migrasi tidak sah dan pesawat MH17 serta isu-isu lain serta kerjasama antara Malaysia dan Australia pada masa akan datang.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Sebanyak 298 mangsa terkorban dalam tragedi itu, termasuk 43 rakyat Malaysia.

Menurut kenyataan itu, tujuan utama mesyuarat itu diadakan bagi bertukar-tukar pandangan dalam isu berkepentingan yang melibatkan kedua-dua negara.

“Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua Menteri Luar berkongsi pendapat bagi pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia termasuk lawatan Perdana Menteri Australia yang baharu Malcolm Turnbull semasa Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur yang dihoskan Malaysia dan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada November 2015,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: MalaysiaMH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd