• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Kaji Semula Perlembagaan Parti, Jadikan Lebih Demokratik

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – MIC akan mengkaji semula perlembagaannya dalam usaha mentransformasikannya sebagai parti yang lebih demokratik, kata Presidennya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Pada masa sama, parti itu juga akan menerapkan nilai demokrasi yang lebih luas untuk ahli akar umbi bersuara.

“Untuk itu, beberapa perubahan akan dilakukan termasuk penilaian semula serta pembaharuan terhadap perlembagaan parti,” katanya dalam ucapan dasarnya pada perasmian Perhimpunan Agung MIC ke-67 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini hari ini.

“Ia akan membolehkan penglibatan lebih ramai masyarakat India dalam aktiviti parti,” katanya.

Perhimpunan Agung MIC itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr. Subramaniam juga berkata MIC akan menyediakan peluang mencukupi untuk membenarkan anggotanya di semua peringkat yang tidak mengambil bahagian dalam pemilihan semula parti itu, menyertai dan bergiat semula dalam aktiviti MIC.

Beliau berkata parti itu juga bercadang menubuhkan Majlis Konsultasi India Malaysia yang akan menjadi medium antara parti dan komuniti.

“MIC (juga) berniat untuk mengadakan satu platform untuk membolehkan dialog terbuka dengan parti politik lain untuk mencari pendirian yang sepakat dan bermuafakat,” katanya.

Dr. Subramaniam juga berkata beliau akan berbincang dengan Najib mengenai jawatan menteri penuh dalam kabinet kerana pada masa ini hanya beliau seorang yang merupakan menteri tunggal dari MIC.

Seorang lagi pemimpin MIC yang dilantik sebagai menteri ialah Datuk Seri G. Palanivel sebelum beliau digugurkan daripada barisan kabinet pada 28 Julai lepas berikutan rombakan kabinet.

Palanivel pada masa itu memegang jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Sementara itu, semasa bercakap kepada pemberita, Dr. Subramaniam berkata parti itu bersedia memastikan ia kekal relevan dengan terus berusaha mempertingkat serta memperkasakan tahap sosio-ekonomi masyarakat India di negara ini.

Selain itu, MIC juga bersedia menghadapi serta mengatasi segala cabaran politik dan pendidikan yang dihadapi masyarakat itu, katanya.

Dr. Subramian berkata pemilihan semula barisan baharu dalam pucuk pimpinan parti itu akan membantu dalam mentransformasikan parti berkenaan.

“Pada saya dan parti, perkataan itu ada makna yang mendalam… kita akan bawa transformasi bukan sahaja kepada parti tetapi masyarakat juga. Masa depan parti ini bergantung kepada hubungannya dengan masyarakat dan kita akan memastikan ahli MIC mengeratkan hubungan,” katanya.

Menyentuh mengenai dakwaan bahawa wujudnya sistem kasta dalam parti itu, Dr. Subramaniam menafikannya kerana ia sama sekali bertentangan dengan pegangannya sebagai presiden parti.

“Saya nampak dalam landasan politik ini, sesiapa yang memberi tumpuan kepada kasta sebagai langkah untuk menang, mereka semua tidak berjaya. Itu bermaksud perwakilan MIC adalah matang,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]s4ZgfwmWZZs[/wpdevart_youtube]

Tags: MIC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu 1MDB Dominasi Persidangan Dewan Rakyat Minggu Ini

Next Post

Isu Vape: Ambil Kira Semua Aspek Sebelum Buat Keputusan

Related Posts

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

22/06/2024
0

Bekas Menteri Sumber Manusia M Saravanan dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC sekali lagi selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding untuk...

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

05/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Selepas MCA, kini MIC turut mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan...

Next Post

Isu Vape: Ambil Kira Semua Aspek Sebelum Buat Keputusan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd