• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Pertama PAC Hari Ini Selepas Pelantikan Anggota Baharu

oleh Ahmad Albab
02/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini selepas pelantikan enam anggota baharu termasuk pengerusinya.

Mesyuarat yang diadakan di Bilik Jawatankuasa 2, Bangunan Parlimen dipengerusikan oleh pengerusinya yang baharu iaitu Anggota Parlimen Rompin, Datuk Hasan Ariffin, yang dilantik memegang jawatan itu berkuatkuasa 19 Okt lepas.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri susulan rombakan Kabinet pada Julai.

Selain Hasan, anggota PAC yang baharu dilantik ialah Anggota Parlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Mojigoh dari BN dan Anggota Parlimen Kota Baharu, Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS.

Turut dilantik Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) dan Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) yang masing-masing menggantikan Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Timbalan Menteri Luar) dan Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan).

PAC kini mempunyai 14 anggota termasuk masih mengekalkan keanggotaan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) walaupun banyak kritikan dan desakan supaya beliau digugurkan daripada PAC susulan kenyataannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain didakwa mendedahkan dokumen siasatan PAC mengenai syarikat itu.

Bagaimanapun, Hasan ketika ditemui media di lobi Parlimen sebelum mesyuarat bermula enggan mendedahkan perkara yang bakal dibincangkan pada mesyuarat pagi ini.

Akhbar hari ini melaporkan PAC akan menyatakan pendiriannya berhubung debat antara Tony Pua dan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda berhubung syarikat itu. – BERNAMA

Tags: PAC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sufi AF Tak Akan Minta Maaf Pada Bekas Bapa Tiri

Next Post

Justin Bieber Buat Hal Lagi, Tinggalkan Konsert Separuh Jalan

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

Next Post

Justin Bieber Buat Hal Lagi, Tinggalkan Konsert Separuh Jalan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd