• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Merusuh: Chegubard, Adam Adli & Muhammad Safwan Diperintah Bela Diri

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin, aktivis pembangkang Adam Adli Abdul Halim, Muhammad Safwan Anang@Talib dan tujuh lagi membela diri atas dua pertuduhan iaitu menyertai perhimpunan dan merusuh di Jalan Parlimen, dua tahun lepas.

Hakim Abdul Rashid Daud membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka setelah mendengar keterangan daripada 18 saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan tiga hari iaitu pada 26, 27 Jan dan 10 Mac tahun depan untuk mereka membela diri.

Badrul Hisham atau Chegubard, 37, Adam Adli, 27, Muhammad Safwan, 26, yang juga Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) serta tujuh individu itu didakwa menyertai perhimpunan itu bertujuan melakukan mudarat awam di Jalan Parlimen antara 9.15 pagi dan 11.25 pagi pada 24 Jun 2013.

Tujuh individu itu ialah Norazimah Mohamad Nor, Ahmad Shauqie Abdul Aziz, Ahmad Syukri Che Ab Razab, Lim Sue Pei, Edy Noor Reduan, Md Sani Md Shah dan Ekhsan Bukharee Badarul Hisham.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa merusuh di persimpangan jalan masuk ke bangunan Parlimen pada 11.25 pagi pada tarikh sama mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan lima yang lain iaitu Muhammad Aiman Hakim Zainal, Annie Ooi Siew Lan, Mah Chee Hoe, Tong Chan Sang dan Abdullah Hassan membela diri atas pertuduhan menyertai perhimpunan sama.

Mahkamah juga melepas dan membebaskan 18 individu lain tanpa perlu membela diri daripada pertuduhan menyertai perhimpunan itu dan merusuh di tempat dan waktu sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan peguam Michelle Yesudas serta Mohd Radzlan Jalaludin mewakili tertuduh. – BERNAMA

Tags: aktivisChegubardmahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skim Air Percuma Pada 2017 & Seterusnya Bergantung Pada Kewangan Negeri

Next Post

PKR Bantah Kawalan Ketat Ke Atas Vape

Related Posts

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Next Post

PKR Bantah Kawalan Ketat Ke Atas Vape

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd