• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maxis Tumpukan Perkhidmatan Internet Berprestasi Tinggi

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengendali rangkaian telekomunikasi mudah alih terbesar di Malaysia, Maxis Bhd berkata ia kini menerajui rangaian 4G negara dengan kekuatan isyarat -98dBmnya sebagai ambang yang ketat bagi memastikan liputan dalam dan luar bangunan yang konsisten dan boleh dipercayai pelanggan.

Syarikat telekomunikasi itu dalam kenyataannya hari ini berkata kekuatan isyarat -98dBm itu bersamaan dengan tiga atau empat bar pada telefon semasa di luar bangunan, memberikan pengalaman penerimaan dan penghantaran data yang konsisten dan boleh diharapkan.

“Dengan kekuatan isyarat sebegini, pelanggan boleh mengharapkan sifar ‘penimbalan’ di YouTube sehingga 96 peratus, mengakses laman sesawang popular dalam masa kurang lapan saat, kelajuan yang konsisten dan pantas serta isyarat yang kuat dalam 24 jam tujuh hari seminggu dengan liputan 4G terluas.

Ada juga ukuran standard biasa untuk mengukur kekuatan isyarat, -110dBm digunakan oleh syarikat lain, yang bersamaan kepada dua bar pada telefon anda.

Apabila isyarat menjadi semakin tidak stabil, ini bermakna penerimaan atau penghantaran data tidak boleh diharapkan, tenggelam-timbul dan lemah baik di luar bangunan ataupun semakin teruk di dalam bangunan,” katanya.

Berdasarkan ambang -98dBM, rangkaian berprestasi tinggi 4G Maxis mencapai 62 peratus daripada penduduk Malaysia.

Pada masa ini sejumlah 2.2 juta orang menikmati kemudahan internet dengan rangkaian 4G berprestasi tinggi Maxis.

Untuk menguji rangkaian 4Gnya sendiri, Maxis menganjurkan cabaran 4G semalam dengan 2,400 tenaga kerjanya bergerak ke seluruh negara untuk melakukan 24,000 penglibatan dengan pelanggan secara keseluruhan.

Maxis juga melibatkan pelanggan untuk berbuat perkara yang sama melalui pelbagai aktviti bagi mereka mengalami perbezaan dalam Maxis 4G.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]qyAysv2tUsU[/wpdevart_youtube]

Tags: Maxis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

40,000 Pelanggan Daftar Pelan Jalur Lebar Fiber Maxis

11/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Maxis Bhd. sehingga hari ini telah menerima lebih daripada 40,000 pelanggan baharu dan sedia ada yang menaik...

Maxis Perkenal Pengalaman Tanpa Risau ‘Zerolution360’

10/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Maxis Bhd hari ini memperkenalkan program pemilikan telefon ‘Zerolution360’ yang menawarkan pelanggan pengalaman tanpa risau untuk semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd