• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Galas Tugas Pengerusi ASEAN Dengan Cemerlang

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penganalisis ASEAN tersohor dari Thailand memuji Malaysia kerana telah menjalankan tugas sebagai pengerusi ASEAN 2015 dengan cemerlang, menyatakan sejak hari pertama lagi, Malaysia telah berusaha keras untuk memastikan kelancaran prosiding Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Kavi Chongkittavorn berkata di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi, Malaysia telah berusaha memastikan pembentukan Komuniti ASEAN direalisasikan menjelang akhir tahun ini.

“Saya berpendapat Malaysia telah melakukan kerja cemerlang sebagai pengerusi ASEAN,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Bernama, baru-baru ini.

Pada hari terakhir sidang-sidang kemuncak selama lima hari itu, pemimpin 10 negara Asia Tenggara menandatangani deklarasi bersejarah bagi pembentukan Komuniti ASEAN menjelang 31 Dis, 2015 yang menggariskan hala tuju bagi integrasi lebih padu di rantau yang mempunyai populasi lebih 600 juta.

Bagaimanapun, Kavi, yang juga felo di Institut Keselamatan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Chulalongkorn berpendapat masih ada lagi “perkara yang belum selesai” bagi anggota ASEAN berkaitan Komuniti ASEAN.

Dan ini memerlukan iltizam politik dan keberanian untuk mengatasinya, terutamanya membabitkan langkah bukan tarif berkaitan perkhidmatan dan pelaburan, katanya.

“ASEAN juga perlukan proses membuat keputusan yang lebih baik dan cepat untuk menangani cabaran yang dihadapi komuniti,” tegasnya.

Ditanya tentang bagaimana ASEAN patut mengendalikan ideologi ekstremisme yang muncul di rantau ini, Kavi berkata terdapat keperluan untuk mendapatkan sokongan berasaskan komuniti bagi memerangi ekstremisme daripada terus tersebar luas.

Apabila komuniti kuat dan bersatu, adalah sukar bagi elemen luaran untuk mencetuskan huru-hara dan menjejaskan perpaduan, jelasnya.

“Adalah penting untuk mempunyai kaedah berkesan bagi memerangi ekstremisme keganasan di rantau ini dan dalam aspek ini, Malaysia berada di kedudukan baik untuk berbuat demikian berdasarkan pengalamannya berkaitan antikeganasan,” katanya.

Selain itu, katanya negara ASEAN perlukan rangkaian pertukaran risikan yang baik yang dapat memberikan maklumat tepat dan respons segera terhadap sebarang kemungkinan serangan pengganas dan di mana pengganas berada.

“Berikutan proses globalisasi dunia ketika ini, amat penting untuk mempunyai komunikasi yang cepat dan jelas dalam kalangan negara ASEAN dan rakan mereka di negara lain,” katanya sambil menegaskan kerjasama rapat akan membolehkan negara anggota ASEAN mempunyai rantau yang selamat.

Malaysia, yang memilih tema “Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita” selaku pengerusi, semalam menyerahkan kepengerusian ASEAN kepada Laos yang mengambil alih sebagai pengerusi 2016 dengan tema ‘Menukarkan Visi Menjadi Realiti Bagi Komuniti ASEAN Dinamik.’ – BERNAMA

Tags: ASEANMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd