• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Dipilih Semula Sebagai Ahli Majlis IMO – Liow

oleh Ahmad Albab
29/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia dipilih semula buat kali keenam berturut-turut sebagai ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi penggal 2016-2017, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata pemilihan itu mencerminkan pengiktirafan terhadap kepentingan peranan Malaysia dalam perkapalan antarabangsa khususnya dalam IMO.

“Sebagai sebuah negara maritim dengan kepentingan besar dalam pengangkutan marin, Malaysia komited kepada penyertaan aktif dalam IMO,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemilihan itu dibuat pada Perhimpunan IMO ke-29 di ibu pejabat majlis itu di London, United Kingdom.

Katanya ketika ini Malaysia tersenarai dalam kedudukan 30 negara teratas dari segi armada perkapalan antarabangsa dengan muatan 7.16 juta tan melibatkan lebih 50,000 pelaut.

Liow berkata Malaysia turut mempunyai beberapa pelabuhan utama yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa dan mengendalikan sejumlah lebih 500 juta tan kargo.

“Malah dua daripada pelabuhan Malaysia tersenarai secara konsisten antara 20 pelabuhan paling aktif di dunia,” katanya.

Beliau berkata Malaysia juga memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan Selat Melaka dan alam persekitaran marin di perairan itu sentiasa terjaga.

“Selat Melaka ialah laluan perairan penting bagi perkapalan antarabangsa yang juga merupakan antara laluan paling aktif di dunia dengan lebih 25 peratus daripada perdagangan global melalui perairan tersebut melibatkan 80,000 buah kapal setiap tahun,” katanya.

Sejak penubuhannya pada 1948, IMO menjadi pendukung piawaian dalam aspek keselamatan dan perlindungan alam sekitar serta bertanggungjawab merangka kawal selia untuk memastikan perkhidmatan perkapalan antarabangsa selamat, terkawal dan cekap. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd