• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legenda Ragbi All Blacks Jonah Lomu Meninggal Dunia

oleh
19/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

WELLINGTON – Legenda ragbi terkenal New Zealand, Jonah Tali Lomu yang dianggap sebagai bintang global pertama sukan lasak itu disahkan meninggal dunia dalam usia genap 40 tahun.

Namun menurut ahli keluarganya, kematian mendiang pada 18 November yang memang diketahui menghidap penyakit buah pinggang sebenarnya amat tidak disangka mereka sendiri.

“Saya boleh mengesahkan bahawa Lomu meninggal dunia pagi ini (Rabu) di Auckland… ia tidak dijangka,” kata jurucakap keluarganya, John Mayhew kepada stesen TV3 New Zealand.

Keluarga tersebut dilaporkan baharu pulang dari Britain malam Selasa. Mendiang dilahirkan pada 12 Mei 1975 di Auckland dan mewakili skuad elit All Blacks sebanyak 63 kali sejak 1994.

Beliau yang berketurunan kaum Tonga, sebuah pulau di Lautan Pasifik; meninggalkan seorang balu, Nadene Quirk dan pernah bercerai hasil dua perkahwinan yang gagal sebelum itu.

Sementara itu Ketua Eksekutif New Zealand Rugby Union, Steve Tew melalui Twitter menulis: “Kami semua berasa terkejut dan sedih mengetahui berita kematian Lomu secara tiba-tiba.”

Mendiang sebelum ini telah pun diketahui mengalami masalah kesihatan yang dihidapinya selepas persaraan pada 2002 lalu berikutan masalah buah pinggang dan sindrom Nephrotic.

Lomu yang memiliki ketinggian 1.96 meter dengan berat badan 119 kilogram, dilaporkan pernah menjalani rawatan dialisis untuk penyakit ginjalnya itu sejak 10 tahun lalu.

Mendiang sepanjang karier berjaya membuat 37 tries bersama pasukan kebangsaan negara itu. Acara sukan ragbi sememangnya menuntut kekuatan fizikal dan sering dikaitkan dengan rempuhan ganas.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

Tags: All BlacksNew Zealandragbi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

28/11/2023
0

AUCKLAND: New Zealand bakal membatalkan larangan untuk generasi akan datang menghisap rokok yang mendapat pujian seluruh dunia, sebelum ini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd