• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Ketua Audit Negara: Semua Projek MSN Siap

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesemua projek pembinaan dan menaik taraf kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) yang tidak dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3, telah disiapkan sebelum penerbitan laporan itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata walaupun dalam laporan Ketua Audit Negara itu, yang dibentangkan di Parlimen pada Isnin, menyatakan demikian namun, semua langkah penambahbaikan telah dibuat oleh kementeriannya.

“Sekiranya dibacakan sepenuhnya Laporan Ketua Audit Negara, semua teguran bukan hanya diambil maklum tetapi telah pun diambil tindakan oleh KBS dan agensinya.

“Banyak masalah dikenal pasti daripada salah kontraktor atau perunding di mana ada juga yang terpaksa kita tambah kos terhadap skop projek itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sidang kedua penggal ke-30 Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Menurut laporan itu, kontraktor yang bertanggungjawab menguruskan projek pembinaan dan menaik taraf beberapa Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) didapati gagal menyiapkan projek mengikut jadual.

Pengurusan projek pembinaan Kompleks MSN Wangsa Maju, projek menaik taraf Kompleks MSN Kuala Rompin dan Pusat Latihan Menembak Atlet di Gimnasium 3 MSN Bukit Jalil kurang memuaskan dan tidak dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Semakan Audit mendapati projek pembinaan Kompleks MSN Wangsa Maju hanya siap pada 20 Mei 2013 iaitu lewat selama 323 hari selepas diberi lima permohonan lanjutan masa (EOT) selama 294 hari dan telah dikenakan penalti Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM670,346.

Bagi projek menaik taraf Kompleks MSN Kuala Rompin pula, kontraktor penyelamat telah diluluskan sebanyak dua EOT selama 88 hari dan dikenakan penalti LAD sejumlah RM78,000.

Pusat Latihan Menembak Atlet di Gimnasium 3 pula hanya siap pada 17 Sept, 2013 iaitu 178 hari selepas tarikh tamat EOT kedua dan dikenakan LAD berjumlah RM179,605.

Laporan itu menyatakan bangunan Gimnasium 3 juga belum memperolehi Sijil Layak Menduduki (CFO) dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) walaupun telah digunakan untuk latihan sukan mulai 2008. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinMSN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd