• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Rampas Telefon Bimbit Oppo Tiruan

oleh Ahmad Albab
22/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyerbu dua premis yang menjual telefon bimbit berjenama Oppo dipercayai tiruan.

Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya, Othman Nawang berkata, hasil maklumat dan risikan, dua premis yang masing-masing terletak di pusat beli-belah di Shah Alam dan Seremban, Negeri Sembilan diserbu, kelmarin.

Menurutnya, pemantauan mendapati premis dan gerai tersebut menjual secara atas talian.

“Pemeriksaan di dua-dua lokasi terbabit mendedahkan peniaga berkenaan menjual telefon berjenama tersebut dengan harga lingkungan RM400.

“Operasi kira-kira jam 11 pagi berjaya merampas lapan buah telefon bimbit. Dianggarkan kesemua barangan tersebut bernilai RM4,200,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011.

Katanya, ini adalah kes pertama membabitkan rampasan telefon berjenama Oppo dan menegaskan pihaknya akan mengesan sumber dari mana telefon bimbit tiruan ini diperoleh.

Othman turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan membeli hanya daripada pengedar yang sah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan berhubung salah laku penjualan barang tiruan boleh menghubungi bilik gerakan KPDNKK di talian 1800-886-800. – Sinar Harian Online

Tags: KPDNKKOppo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd