• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komen M. Nasir Kurang Ajar, Bienda Tuntut Mohon Maaf

oleh AK-47
12/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERASA ibunya telah diaibkan, penyanyi Bienda yang juga anak kepada Sheeda menuntut supaya juri program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) iaitu Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal memohon maaf secara terbuka kepada ibunya.

Ini berikutan, Bienda atau sebenarnya Nor Razlinda Razli, 30, berpendapat komen yang diberikan oleh juri pada konsert malam Ahad lalu itu telah menjatuhkan maruah ibu dan keluarga mereka.

“Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

“Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian.

“Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

“Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta,” katanya kepada mStar Online.

Dalam konsert minggu empat yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, Sheeda mendendangkan lagu ‘Tiada Lagi’ bersama penyanyi Aweera.

image (1)
Sheeda mendendangkan lagu ‘Tiada Lagi’ bersama penyanyi Aweera.

Antara komen M. Nasir kepada Sheeada; “Saya melihat tadi seorang putera berkuda masuk (stage) dan sedang cuba menyelamatkan.. Snow White.. tapi yang dijumpa emak dia (Snow White)“. Dialog itu dikatakan seolah-olah memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.

Komen itu mengundang ketawa orang ramai dan kemudian turut disambut oleh AC Mizal dengan berkata; “Aku dah agak dah.. aku dah agak dah..”. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Tags: BiendaGegar VaganzaM.NasirSheeda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Timbalan MB Kelantan Ketuai Senarai Penerima Darjah Kebesaran

Next Post

Warga Emas Terima Padah Ketika Berseronok

Related Posts

Tak Nak Komen, Benda Dah Tular – M Nasir

Tak Nak Komen, Benda Dah Tular – M Nasir

18/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Maestro muzik, Datuk M Nasir tiada masalah apabila lirik lagu popular ciptaannya, Nur Nilam Sari yang didendangkan...

M. Nasir Positif COVID-19, Keadaan Stabil

13/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M. Nasir positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sejak Ahad....

Next Post

Warga Emas Terima Padah Ketika Berseronok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd