• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Akan Banteras Penjualan Nikotin Tanpa Lesen Untuk E-Rokok

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menjalankan kempen di seluruh negara bagi membanteras penjualan cecair nikotin tanpa lesen yang digunakan untuk rokok elektronik (e-rokok).

Menterinya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata jika didapati tidak memiliki lesen untuk menjualnya, e-rokok yang mengandungi cecair itu akan dirampas.

“Ia (pembanterasan) merupakan proses berterusan mengikut undang-undang. Kami akan gunakan Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983,” katanya pada sidang media mengenai Kempen Makan Secara Sihat bersempena Hari Deepavali di sini, hari ini.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata: “Kami akan adakan sidang media lain mengenai perkara ini kemudian.”

Di bawah Akta Racun, nikotin diletakkan sebagai racun kategori C yang hanya boleh dijual atau dibekalkan sebagai ubat atau bahan dalam ubat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Nikotin dalam tembakau dikecualikan daripada Akta itu kerana kawalan tembakau terletak di bawah Akta Makanan.

Dr. Subramaniam menasihatian orang ramai supaya tidak menggunakan e-rokok dengan menegaskan ia adalah berbahaya kepada kesihatan mereka.

E-rokok, vapor atau nikotin elektronik menggunakan alat dan cecair pelbagai perisa yang menggunakan kuasa bateri dan mengeluarkan asap sama seperti merokok tetapi tanpa tembakau.

Bersempena Hari Deepavali yang akan disambut pada 10 Nov, Dr. Subramaniam menasihati masyarakat India supaya mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak dan gula.

Beliau meminta masyarakat India supaya mengambil makanan daripada sumber tumbuhan yang terdiri daripada kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan atau ‘vegetarian diet’.

“Demi menjaga kesihatan rakyat, kami mengeluarkan buku kecil ‘Panduan Makan Secara Sihat Semasa Perayaan Deepavali’ yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau juga menyatakan sokongan terhadap kempen Perayaan Deepavali Bebas Alkohol 2015 yang sedang giat dijalankan beberapa badan bukan kerajaan berkaitan masyarakat India di seluruh negara.

Dr. Subramaniam berkata kempen tersebut pasti akan meningkatkan kesedaran masyarakat India supaya tidak mengambil alkohol semasa perayaan masyarakat tersebut.

Kempen berkenaan diadakan berikutan kajian yang menunjukkan masyarakat India membelanjakan sebanyak RM150 juta untuk alkohol dan hiburan semasa musim perayaan setiap tahun. – BERNAMA

Tags: e-rokokKKMrokok elektronikvapevapor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd