• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Percaya Golongan Sasar Belanja BR1M Untuk Tujuan Sepatutnya

oleh Ahmad Albab
02/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat untuk mengadakan kajian bagi melihat bagaimana wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibelanjakan oleh penerima buat masa ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata kerajaan percaya golongan sasar, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah (B40) membelanjakan wang itu untuk tujuan sepatutnya seperti membeli barangan keperluan asas.

“Pada masa ini, ia terpulang pada pilihan penerima (bagaimana untuk membelanjakan BR1M), dan kita yakin penerima dari golongan B40, kebanyakan mereka perlukan wang ini untuk membeli barang keperluan asas,” katanya menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) di sini.

Shabudin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan matlamat bantuan BR1M tercapai, iaitu meringankan beban rakyat, terutamanya B40, untuk membelanjakan wang tersebut ke arah yang sepatutnya, dan bukan untuk tujuan lain.

Chua berkata kerajaan juga tiada rancangan menukar BR1M dalam bentuk baucar atau subsidi kerana dikhuatiri akan menimbulkan isu-isu lain seperti pasaran gelap (black economy).

Menjawab soalan tambahan Shabudin mengenai usaha mengurangkan pergantungan rakyat terutamanya golongan B40 terhadap BR1M pada masa akan datang, Chua berkata kerajaan telah melaksanakan beberapa program untuk meningkatkan kemahiran dan taraf hidup rakyat bagi membolehkan mereka menikmati pendapatan yang lebih tinggi.

“Dari segi tingkatkan pendapatan golongan B40, dalam Bajet 2016 dan Rancangan Malaysia Ke-11, jelas menunjukkan kerajaan ingin menumpukan bagaimana untuk meningkatkan daya kemahiran rakyat melalui program seperti latihan vokasional dan Skim Latihan 1Malaysia, serta kenaikan gaji minimum.

“Ini adalah antara usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan Pekali Gini (Gini Coefficient),” katanya.

Beliau berkata, selain BR1M, kerajaan turut menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat terutamanya golongan B40 seperti Bantuan Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia, kemudahan Klinik dan Kedai Rakyat 1Malaysia, serta menaikkan had pelepasan cukai bagi kumpulan isi rumah berpendapatan sederhana (M40).

Chua berkata, sejak BR1M diperkenalkan pada tahun 2012, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM14 bilion yang memanfaatkan keseluruhan hampir 7.4 juta penerima setiap tahun.

Menjawab soalan tambahan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) sama ada kerajaan akan menaikkan lagi kadar gaji minimum atau tidak, Chua berkata beberapa faktor harus diambil kira bagi menentukan kesesuaiannya.

Beliau berkata, jika kadar gaji minimum dinaikkan, dikhuatiri ia akan mengganggu perkembangan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerana ia menggaji hampir 52 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja di negara ini. – BERNAMA

Tags: BR1MDatuk Chua Tee Yong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

Lebih Baik BR1M Daripada PSP ‘RM1 Sehari’

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1 sehari kepada penerimanya membuktikan kerajaan Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd